Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Mar 8, 2012

Ayam Masak Halia


Penulis tidaklah pandai sangat memasak. Kalau masak sekalipun, penulis gemar masak makanan yang ringkas tapi sedap. Hari ini penulis hendak memberikan resipi yang cukup mudah untuk disediakan. Pastinya sesuai untuk orang bujang... diulangi... orang bujang. Masakan ini penulis namakan Ayam Masak Halia.

Aug 9, 2011

Kuey Teow Ala Eriyza

Foto Ehsan : http://zh.wikipedia.org/wiki/File:Chow_Kueh_Teow.JPG

Bulan puasa ni, asyik fikir menu untuk berbuka saja. Alhamdulillah, sudah tamat 1 pusingan, tinggal lagi 3 pusingan minggu untuk memikirkan menu. Penulis bukanlah pandai masak, cuma bolehlah menyediakan masakan ringkas untuk ahli keluarga yang lain. Asalkan boleh diterima dek anak tekak, sudah! Semalam, penulis hanya membuat kuey teow goreng untuk juadah berbuka.

Aug 26, 2010

Bihun Singapura


Foto Ehsan : http://selerakini.blogspot.com/

Bulan puasa membuatkan tukang masak terpaksa kreatif mencipta menu untuk berbuka puasa agar tukang makan tidak mencebik dengan perkataan "Asyik makanan ni je... makanan lain takde ke?".

Semalam penulis memasak Bihun Singapura tetapi resipi asalnya telah penulis modifikasi mengikut citarasa penulis sendiri. Cara memasaknya agak mudah dan rasanya pun boleh tahan. Orang bujang pun boleh masak sebab senang sangat. Mari penulis ajarkan Bihun Singapura ala Eriyza.

Bahan ²

1 bungkus bihun (celur dan tos)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
7 tangkai cili padi (ditumbuk)
Isi ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Cili padi (potong kecil)
Minyak
Cuka
Garam
Perasa

Cara ²

Pijarkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan garam, perasa dan cuka.
Masukkan bihun dan kacau rata.
Masukkan kobis bunga.

Hiasan

1 biji telur (goreng dadar, gulung dan potong serong)

Anda boleh menambah sayur²an seperti sawi, kobis, kucai atau lobak merah mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mencuba.


Aug 18, 2010

Mee Rebus Terengganu


Foto Ehsan : http://nalzarinar.blogspot.com/

Sudah seminggu kita berpuasa. Tentu pelbagai juadah lazat sudah anda nikmati sama ada disediakan sendiri atau dibeli di Bazar Ramadhan. Hari ini penulis menyediakan mee rebus ala Terengganu untuk berbuka puasa. Sayangnya adinda bongsu tidak dapat menjamahnya kerana telah pulang ke Puchong awal pagi tadi.

Ini adalah cubaan pertama penulis memasak mee rebus dan hasilnya memberangsangkan. Untuk itu, penulis ingin berkongsi resipinya dengan kalian. Mee rebus Terengganu berwarna kelabu tidak seperti mee rebus lain yang berkuah merah.

Bahan²

5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Mee kuning (celur dan tos)
Isi Ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Sawi
Cili merah (hiris serong)
Cili padi (hiris kecil)
Air
Minyak
Garam
Gula
Perasa
Telur

Cara²

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Masukkan daging ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan air, garam, gula dan perasa sehingga mendidih.
Pecahkan telur sehingga berbungkus.
Masukkan mee dan sayur.

Sewaktu dihidang, anda boleh menambah serbuk lada putih dan sos cili. Boleh juga diperah sedikit limau nipis. Lagi pedas, lagi best. Selamat mencuba.

Sep 21, 2008

Laksa Terengganu


Buat pertama kalinya di dalam hidup ini, penulis membuat Laksa Terengganu. Keinginan untuk mencuba resipi ini kerana ia adalah antara makanan kegemaran ayahanda. Alhamdulillah, percubaan pertama penulis tidak menghampakan. Ayahanda tersenyum meleret apabila melihat juadah berbuka puasa semalam ialah Laksa Terengganu atau lebih dikenali sebagai Laksa Kuah Mentah / Laksa Kuah Putih.


ulam

Sekiranya anda mahu mencuba menu ini, bolehlah mencuba resipi yang akan penulis kongsi di sini.

Bahan²

Sebungkus laksa

Bahan² Untuk Kuah

Sebiji santan kelapa
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah
Lada hitam
Limau nipis
Air panas
Cili api
Garam

Bahan² Untuk Ulam Dan Tambahan

Timun
Taugeh
Kacang panjang
Cili kering (kisar)
Belacan

Cara² Membuatnya

Rebus air sehingga mendidih.
Tutup api dan masukkan laksa.
Biar laksa kembang selama 30 hingga 45 minit.
Kemudian toskan.

Kukus ikan selayang dan asingkan isi dengan tulang.
Kisar bawang merah bersama lada hitam.
Kemudian, kisar pula ikan selayang tadi.
Jangan gunakan air, sebaliknya gunakan santan untuk mengisar bawang merah, lada hitam dan ikan selayang.
Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam santan.
Tambah sedikit air panas ke dalam santan.
Selepas itu, masukkan garam.
Akhir sekali perah sedikit limau nipis.
Letak beberapa biji cili api untuk mengelakkan kuah cepat basi.

Hiris timun, taugeh dan kacang panjang halus².

Sewaktu hendak makan, masukkan cili kering, belacan dan garam jika kurang masin.


Resipi ini adalah warisan nenek moyang penulis dan penulis pelajarinya pula dari ibu saudara penulis. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Sep 8, 2008

Puding Gula Hangus


Hari ini penulis terasa hendak membuat kuih. Jadi, dengan rajinnya penulis telah membuat Puding Gula Hangus atau dikenali juga sebagai Puding Caramel. Penulis menggunakan resipi paling mudah yang penulis perolehi dari laman web Myresipi. Justeru, penulis ingin berkongsi pula resipi yang telah penulis bikin petang tadi.


Bahan²

2 Sudu gula
4 Biji telur
10 Sudu susu pekat manis
1/2 Cawan air

Cara²

Panaskan 2 sudu gula di dalam loyang sehingga berwarna perang.
Pastikan gula itu memenuhi ruang loyang. Biarkan sejuk seketika.
Pukul telur bersama susu pekat manis dan air.
Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi gula perang tadi.
Kukus selama 30 hingga 45 minit.

Mudah saja resipi ini. Penulis anggarkan resipi ini untuk tiga orang makan. Jika anda punya ahli keluarga yang besar, maka bolehlah ditambah bahan² resipi mengikut kesesuaian.

Kredit Untuk Gambar : AkuHJ

Update pada 20 September 2008.

Jun 14, 2006

Rendang Sotong



Arinih penulis try satu resipi baru. Penulis amik resipi nih kat internet. Hehe! Actually dah lama penulis tak cuba resipi baru. Asek masak benda samer jerk. Kebetulan plak arinih bonda penulis beli sotong, so penulis pun terus memberitahu niat penulis tuk mencuba resipi baru. Tanpa sebarang bangkangan, penulis pun ngan rajin memulakan projek masakan. Separuh daripada sotong tuh, disinggang tuk ayahanda terchenta manakala yang separuh lagik penulis gunakan tuk menguji skill memasak penulis. Kekeke!

Wah! Yummy! Mabeles! Best laa plak resipi rendang sotong nih. Berselera tul bonda ngan adinda penulis makan. Penulis seniri tambah nasik wal lauk. Wakakaka! Makin naik laa badan penulis kalo asek makan sodap ajer. Ahaks! Penulis kasik resipi tuh kat sini, kot² ade antara korang yg nak mencuba.


Rendang Sotong

Bahan²

500 gram sotong sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar kerisik
Sehelai daun limau purut
Daun kunyit (jika suka)
Garam
Gula
Minyak

Bahan² dimesin

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara memasak

1] Bersihkan sotong. Buang kulitnya. Toskan kering.
2] Panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing.
3] Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
4] Kacau sesekali dan biarkan sehingga pekat, naik minyak dan kering.
5] Masukkan sotong, garam dan gula.
6] Masakkan sekejap dan biar sehingga naik minyak.
7] Angkat dan hidangkan.

Nota : Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat. Selamat mencuba.