Jan 28, 2007

Alahai Pelajarku

Sudah hampir 2 minggu penulis bekerja disini, menghambakan diri sebagai seorang guru di sini. Penulis ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris Tahun 2 dan 3. Di sini, tingkah laku pelajarnya jauh berbeza dari perangai pelajar penulis di kelas tuisyen. Pelajar di sini maseh ramai yang buta huruf meskipun rata² mereka memulakan pendidikan seawal usia enam tahun.

Penulis terpaksa menggunakan kaedah tersendiri untuk mengajar anak² ini. Walaupun setiap guru dibekalkan dengan rancangan pembelajaran dan pengajaran, penulis terpaksa mengubah sedikit agenda tersebut untuk disesuaikan dengan tahap iq mereka. Penulis cuma berharap mereka dapat mengenali nombor dan abjad untuk memudahkan mereka kelak. Sekurang²nya biarlah mereka tau menulis nama dan nombor kad pengenalan sendiri satu hari nanti. Penulis tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat mereka, bimbang tidak tergalas di bahu mereka.

Mudah²an mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah jua, diterangkan hati tuk menerima ilmu yang penulis cuba sampaikan. Insya allah.

2 Comment

Unknown Mon Jan 29, 01:17:00 PM

Tingat masa saya jadik cikgu dulu... jadi guru kelas pelajar tingkatan 4.. sedih sgt biler salah sorang dr budak kelas tu membaca teks melayu pun merangkak2 huhu.. rase cam nak nanges....

saya paksa dia tunggu tiap kali lepas abis sekolah utk kelas membaca huhuhu nasib baik dia dgr kata iskisk

Anonymous

Budak2 ni kena tunjukkan 'ketegasan' kita. Lebih2 lagi pada hari pertama kita jumpa dia.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.