Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Mudah²an kita semua beroleh rahmat dari Allah Taala. Cuba fikir sejenak, apa yang telah kita lakukan sepanjang usia kita. Adakah kebaikan lebih banyak dari keburukan atau sebaliknya?? Penulis ingin mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca yang budiman, marilah kita perbaiki diri kita sempena maal hijrah ini. Kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih diredhaiNya.
Usah asyik leka dengan duniawi yang penuh tipu daya sehinggakan kita lupa pada alam kekal di sana nanti. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia adalah bekalan untuk menuju akhirat. Tinggalkan semua amalan mungkar yang sering kita lakukan, marilah kita berusaha untuk menjadi insan kamil agar kesejahteraan menjadi milik kita.
Apa azam penulis sempena tahun baru 1428 Hijriah?? Doa dan harapan mudah²an tahun ini penulis bertemu jodoh. Mungkin ada yang mengganggap penulis terlalu kerap menulis tentang hal ini sejak akhir² ini tetapi penulis rasa tidak salah kalo kita doakan sesuatu yang baik bukan?? Penulis juga berharap sesuatu yang elok saja berlaku dalam hidup kalian. Amin.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.