Jan 15, 2007
Banjir Di Johor
Penulis terpanggil untuk menulis tentang banjir di Johor Bahru setelah negeri itu dilanda banjir buat kali kedua pada Jumaat lalu. Banjir pada tahun ini dikatakan paling buruk dalam tempoh 100 tahun sehingga hampir keseluruhan negeri di selatan Malaysia ini diliputi air. Alhamdulillah, negeri penulis yang selalu dilanda banjir setiap tahun, tidak terlibat dengan banjir besar pada tahun ini.
Penulis kira, mereka tentu saja tidak putus² mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan pada tahun ini. Banjir di negeri kelahiran penulis bukanlah sesuatu yang baru, malah hampir saban tahun, penulis berkesempatan untuk bermain air banjir walaupun kawasan rumah penulis tidak terlibat ngan masalah ini.
Banjir pada tahun ini seolah² "dipindahkan" ke Johor Bahru.Mujurlah sahabat baik penulis iaitu Cik Yati masih lagi tidak terlibat dengan banjir ini meski pun kawasan sekeliling tempatnya sudah banyak yang banjir. Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik semua ini?? Renung²kanlah wahai sahabat² sekalian tentang tindak tanduk kita yang dimurkai oleh Sang Pencipta sehingga musibah sebesar ini melanda. Bala tidak hanya menimpa orang² yang melakukan kemungkaran, malahan mereka yang tidak berdosa turut terlibat sama.
Date :
Monday, January 15, 2007
Tags :
Daily Notes
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.