Penulis menjejakkan lagi kaki ke sini setelah sekian lama tempat ini penulis tinggalkan. Dahulu, tempat ini penulis tinggalkan sewaktu bangunan barunya siap dibina. Sekarang, bangunan 3 tingkat itu menjadi tempat kerja baru penulis untuk tempoh 14 minggu. Sebetulnya, penulis tidak pernah berhasrat untuk kembali ke sini lagi untuk kali yang seterusnya meskipun disini tersimpan banyak memori yang tercipta. Atas desakan ibu bapa dan juga rakan², penulis akhirnya ke sini juga.
Berlainan benar perasaan penulis pada hari pertama tiba disini. Hampir kesemua rakan sekerja disini penulis kenali, cuma ada beberapa orang saja muka baru di sini. Sepanjang pagi, penulis ditegur, tidak kurang juga yang melemparkan senyuman. Mereka masih seperti dahulu, ramah dan baik hati.
Di sini, penulis temui seorang insan baik budi yang penulis sanjung. Sewaktu ke sini dahulu, dialah yang menumpangkan penulis saban hari ke tempat kerja. Hampir setahun juga kenderaannya menjadi kenderaan rasmi penulis. Kini, penulis menumpang kenderaannya juga. Jasanya akan selalu penulis kenang.
Sekolah Kebangsaan Ibok, penulis ke sini lagi sebagai warga pendidiknya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.