Feb 25, 2007

Action Song

Tahniah! Hanya itu yang dapat penulis titipkan buat anak² didik yang memenangi tempat kedua dalam pertandingan Action Song peringkat PKG Binjai. Bebaloi rasanya pengorbanan Puan Molly Lim, satu²nya guru berbangsa Tionghua di Sek Keb Ibok ini menghabiskan masanya setiap hari tuk melatih anak² ini. Walaupun sekolah kami tidak memenangi pertandingan ini di peringkat daerah, namun semangat berpasukan lebih penting berbanding segala²nya.

Penulis sendiri terbabit sama dalam pembuatan props tuk persembahan dan juga memakaikan kostum tuk pelajar. Lelucon juga terasa di hati apabila ada antara pelajar yang asek mengetap bibir apabila bibir mungil mereka dicalit lipstik. Mungkin tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Penulis tergelak besar apabila melihat watak utama persembahan ini dilukis misai dengan menggunakan celak.

Sayangnya penulis hanya mengetahui tentang kejayaan mereka pada hari berikutnya kerana pada hari tersebut penulis bergegas balik ke rumah untuk menghantar adik penulis ke perhentian bas untuk pulang ke Bangi. Setelah menghantarnya menaiki bas, penulis dan keluarga berangkat pula ke Kuala Terengganu. Tujuan penulis adalah untuk menghantar borang SPR sebanyak 619 keping ke Wisma Darul Iman. Selepas itu, kami ke Perkampungan Cina. Inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke sini, rumah di dalam airnya masih dikekalkan manakala laluannya pula terlalu sempit. Sebuah pintu gerbang yang melambangkan majoriti penghuninya di situ gah berdiri. Pasar Payang pula kami selusuri sebagai agenda terakhir sebelum pulang.

Ayahanda sempat membeli sehelai kain songket. Penulis pula sekadar membeli tiga helai baju T yang mempunyai identiti Terengganu.

2 Comment

Anonymous

action song seronok dan ada yg memyedihkan bila kalah.............sedih tgk bebudak muka monyok lepas pertandingan tp cikgu dah buat apa yg termampu.kalau la semua cikgu bi beri kerjasama mesti dpt perform lbh hebat

Eriyza Fri Aug 21, 10:46:00 PM

Anonymous : Kalah menang tuh adat bertanding tp keseronokan bekeja dlm pasukan itu yg sukar dilupakan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.