Hari ini penulis menghadiri majlis persandingan sanak saudara penulis. Walopun penulis tak pandai sangat nak menitih susur galur salah silah keluarga nih tp pengantin pompuan dan penulis memang bersaudara. Cuma tidaklah serapat seperti sepupu. Rasanya dah banyak pupu antara penulis dengan dia. Dia memang cantik, punya kulit halus mulus, putih melepak. Walopun dia berbadan besar seperti penulis tetapi kecantikannya terserlah di sebalik kekurangannya itu.
Paling penulis suka tentu laa pasal makan. Untungnya nasi minyak kat sini bagus banget. Penulis rasa cam nak tambah jer tp dek kerana rasa malu yang menebal, hasrat tuk menambah terpaksa dibatalkan. Hehe!
Di dalam kumpulan manusia tuh, sempatlah penulis menjeling pandang pada sang mempelai yang sedang bersanding. Pengantin lelaki itu gemuk juga, kiranya sama² besar laa. Takperlah, dah jodoh dia. Majlis pernikahan mereka meriah sungguh. Ramai betul tetamu yang hadir, ntah baper ekor kerbau yang tumbang. Penulis berharap agar pernikahan dorang kekal selamanya. Lepas nih insya allah giliran sepupu penulis plak menukar status. Penulis bila lagi ye?? Tingin nak kawen juga nih. Huhu!!!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.