Hari ini SK. Ibok mengadakan Program Anti Dadah Peringkat Sekolah. Sejak program ini dilancarkan oleh Guru Besar pada hari Ahad lepas, semua guru dan pelajar didedahkan dengan bahayanya najis dadah. Ada pelbagai jenis bahan bacaan disediakan termasuk laa pameran anti dadah. Kemuncak program ialah pada hari ini, sejak pagi lagi semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan Alamanda untuk mendengar taklimat dari Tuan Guru Besar sendiri. Selepas itu diadakan pula program untuk pelajar. Antaranya termasuklah Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1 dan Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Melukis Poster untuk Tahap 2.
Pada waktu tengaharinya pula, penceramah dari Agensi Anti Dadah Kemaman datang. Banyak juga info berguna yang dia perturunkan kepada pelajar. Penulis tidak pasti samada pelajar faham atau tidak apa yang diterangkan terutamanya berkenaan syabu, ecstacy dan sebagainya. Paling lucunya, penceramah tersebut menyuruh pelajar menyebut dengan kuat "Kami Benci Rokok... Kami Benci Dadah". Cara menyebutnya pula sama seperti orang sedang membuat tunjuk perasaan jalanan dengan mengangkat tangan tanda protes. Guru lelaki cuma tersengih apabila ayat "Kami Benci Rokok" dilaungkan. Almaklum laa dalam poket seluar memasing terselit sebungkus rokok pelbagai jenama. Nasib baiklah penceramah tersebut tidak menyuruh murid menyebut "Kami Benci Guru Yang Merokok". Ahaks!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.