Mar 31, 2007

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Rasulullah. Manusia terulung di atas muka bumi, contoh tauladan yang baik bagi semua umatnya. Rasulullah adalah ikon yang tiada tandingannya. Indah budi pekertinya, lembut tutur katanya, sahabat yang sejati, pemimpin yang adil. Marilah kita semua bersama² berselawat ke atas baginda, bukan saja pada hari yang bahagia ini, malahan pada setiap masa jika mampu.

Penulis kekadang berasa pelik dengan anak² muda era ini, mereka lebih gemar menjadikan artis sebagai ikutan, sedangkan artis² itu sendiri tak layak langsung untuk dicontohi (maaf cakap). Kembalilah kepada ajaran islam sebenar, jadikanlah Rasululullah s.a.w sumper inspirasi dan contoh paling baik.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Mulia.

1 Comment

Anonymous

SEMPENA MAULIDUR RASUL INI JUA AKU TELAH TANAMKAN AZAM UNTUK SATU KELAHIRAN HIDUP YANG BARU WALAU SUKAR NAMUN AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENCAPAINYA DAN MOGA AKU TABAH SERTA KUAT DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.