Mar 10, 2007

Tragedi Di Pantai Batu Hitam


Pantai Batu Hitam


Selepas menghadiri kenduri kawen tadi, penulis membawa ayahanda dan bonda bersiar² makan angin. Kasihan juga ngan mereka, asyik bekerja saja, ada waktu lapang begini, elok juga kami anak-beranak meluangkan masa bersama. Ntah mengapa, hati penulis begitu kuat ingin pergi ke Pantai Batu Hitam. Otak penulis pula mengiyakan saja kata hati penulis. Penulis memandu dengan kelajuan sederhana, maklum laa makan angin. Hehe!


Kami tiba di sana lebih kurang pukul 5.30 petang. Wah, ramai betul orang arinih, mungkin masing² mengambil peluang cuti sekolah untuk membawa keluarga berkelah dan bermandi-manda di sini. Semua lot parking penuh tetapi penulis bernasib baik kerana terpandang satu lot parking kosong berhampiran deretan kedai makan yang ada. Kami memilih untuk duduk di atas batu sambil menikmati keindahan pantai.

Indah sungguh pantai ini. Kawasannya landai dan sesuai sekali untuk berjalan² bersama insan tersayang di pesisir pantainya. Sejak tiba di sini, penulis sudah melihat ramai anggota polis yang ada tetapi tidak pula penulis mengesyaki bukan². Lagi pula penulis ternampak kamera seperti dalam televisyen, jadi penulis beranggapan ada krew filem sedang shooting di situ. Penulis masih tidak menghiraukan keadaan itu. Enak lagi duduk di atas batu sambil berangan jumpa putera idaman.

Tidak lama kemudian, penulis mendapat tahu bahawa ada tragedi berlaku di situ. Rupa²nya ada 3 orang budak lemas. Patut laa ada ramai anggota polis, kemudian tiba pula bomba dan ambulan. Penulis bergegas ke sana, ingin tahu lebih lanjut perkhabaran duka itu. Sempat juga penulis melihat Tuanku Sultan Ahmad Syah memeluk ayah mangsa sambil mententeramkan ahli keluarga mangsa yang lain. Kelihatan airmata ayah mangsa menitis jua. Emak mangsa pula pengsan dan terpaksa diusung oleh orang awam. Prihatin sungguh sultan berjiwa rakyat ini.

Penulis melihat sendiri pasukan bomba dan penyelamat menggunakan sampan dan jet ski untuk mencari mayat mangsa. Kebetulan pula, satu mayat telah ditemui dan penulis melihat ada bungkusan hitam di dalam landrover polis. Sayu hati penulis ketika itu. Penulis membayangkan keseronokan yang mereka rasai sewaktu tiba disini dan takdir menentukan percutian mereka diakhiri dengan kehilangan cahaya mata tersayang. Sebuah helikopter tentera juga kelihatan berlegar² di ruang udara.

Takziah dan al-fatihah penulis hadiahkan buat mangsa tragedi ini. Kunjungan kali pertama penulis ke Pantai Batu Hitam telah dianugerahkan Allah dengan pengalaman ini. Sewaktu penulis hendak pulang, penulis ternampak sampan anggota bomba sedang menuju ke pantai, mungkin mangsa kedua telah ditemui. Tepat tekaan penulis kerana ayahanda memberitahu bahawa dia melihat berita di kaca tv bahawa mangsa kedua ditemui pada masa kami mahu pulang. Bak kata ayahanda penulis, naluri penulis ke sini rupa²nya telah diilhamkan oleh Allah agar kami dapat melalui pengalaman ini. Sesungguhnya pengalaman itu terlalu berharga, sukar untuk dilupakan seumur hidup.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.