Mar 15, 2007

Unwell

Penulis kurang sehat sejak minggu lepas, memula tuh demam , pastuh batuk dan selsema plak. Minggu lepas dah gi klinik amik ubat tp nampaknya cuma demam aje yang dah kebah tapi batuknya dan selsema masih ada. Suara penulis pun dah bertukar jadik serak. Masa minggu lepas lagik haru, penulis takde suara langsung. Sekarang nih suara dah jadik cam penyanyi rock plak, serak² basah gitu. Huhuhu! Bila tak sihat camnih, baru laa tau betapa nikmatnya suara anugerah Tuhan. Tetapi kekadang dek kerana alpa dalam menguruskan kehidupan seharian, jarang sekali suara digunakan untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah lama² di atas sejadah.

Semalam pula penulis terasa telinga sebelah kanan penulis seperti tersumbat. Bonda kata, mungkin kerana panas dalaman, sebab tuh laa jadi gitu. Hari ni penulis gi klinik sekali lagi. Seperti juga minggu lepas, kali nih penulis dibekalkan ngan lima jenis ubat. Kalo minggu lepas, Doktor kasik ubat batuk jenis air, kali nih diberi jenis tablet. Kaler hijau lagik tuh. Melayang jugak ler RM 41.00. Minggu lepas dah kena RM 34.00. Takpalah, asalkan baik dengan izin Allah.

Duit boleh cari lagi tetapi kesihatan tuh kena utamakan. Tak gitu pembaca budiman?? Minggu depan sekolah akan dibuka semula, heharap laa kesihatan penulis dah kembali seperti sediakala. Tak sanggup rasanya nak mengajar dalam keadaan batuk. Kang tak pepasal, ada yang kena sebat ngan rotan.

Doakan penulis cepat sembuh ye. Terima kasih.

1 Comment

MamaHawra Thu Mar 15, 01:03:00 PM

Allah Yushfiik yaa Ukhti!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.