Apr 12, 2007

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ini SK. Ibok mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Seawal pagi, semua pelajar berkumpul di Dewan Alamanda. Pelajar lelaki segak berbaju melayu dengan kain sampingnya sekali. Pelajar perempuan pula menggayakan baju kurung, baju kebaya dan baju kurung moden dengan pelbagai jenis tudung . Sungguh berwarna-warni suasana ketika itu. Di dalam lautan pelajar itu, penulis tercari² kelibat rakan² penulis. Sungguh payah mencari di dalam ramai, tidak berapa lama kemudian, penulis terlihat Cikgu Rohani dan dengan segera penulis menghampirinya.

Setelah memberi sedikit taklimat, kami mengarahkan pelajar berbaris sepanjang jalan. Laungan selawat bergema, pelajar dan guru mengorak langkah menuju ke masjid Kampung Ibok dengan misi dan visi untuk memartabatkan budaya mencintai Rasulullah saw di kalangan anak² kecil ini. Pelbagai jenis sepanduk di bawa oleh pelajar. Penulis berjalan beriringan dengan Cikgu Rohani sambil mengiringi pelajar² kami.

Setelah selesai berarak, para pelajar dihadiahkan dengan coklat dan aiskrim pendorong semangat mereka tuk berarak lagi pada tahun depan. Kemudian, Cikgu Rakirah bercerita tentang sejarah Rasullullah kepada semua yg hadir. Selepas itu, diadakan pula pertandingan pelbagai jenis kategori.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.