Besarnya dugaan yang Allah berikan kepada ibu² saudara penulis. Susah penulis hendak titipkan disini apakah jenis dugaan itu. Ya Allah, luluh hati penulis melihat deraian airmata ibu saudara yang satu ini. Wajahnya menggambarkan kesayuan yang amat sangat. Ketika dia datang ke teratak penulis, terus saja dia masuk ke dalam tanpa memberi salam. Penulis sedikit kaget, kemudian barulah penulis faham, dia baru lepas menangis, sisa airmatanya masih ada di pipi. Penulis mengekorinya tuk mengetahui duduk bangun perkara sebenar.
Mengucap panjang penulis bila mengetahui hal itu. Antara percaya dengan tidak, penulis cuba untuk menerima hakikat bahawa peristiwa ini benar² terjadi. Malahan, ia akan menjadi sejarah buruk dalam diari kehidupan ibu saudara penulis. Penulis cuba sedaya-upaya memujuknya supaya hilang sedikit hiba dijiwanya. Namun, bukan mudah untuk menghentikan tangisannya. Meski pun penulis sendiri tidak dapat menghalang hal itu daripada berlaku tetapi penulis sedikit kesal dengan sikap ibu saudara penulis ini. Semoga kisah sedih ini segera berlalu dan tidak akan berulang lagi dalam kehidupan sedara mara penulis yang lain. Ya Allah, lindungilah keluargaku. Amin.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.