Semalam, sejurus selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, henpon penulis berdering. Penulis biarkan saja kerana beranggapan itu adalah nada dering tuk sms. Lama pula deringannya, baru laa penulis teringat itu adalah bunyi tuk panggilan masuk. Dalam keadaan acuh tak acuh, penulis mencapai Nokia model lama itu dan penulis tekapkan ke telinga sambil menekan punat hijau di badannya.
Penulis : Hello... Assalamualaikum...
Pendail : Waalaikumussalam... Cekgu, saya dah nak pergi kelas nih. Cekgu dah keluar belum??
Penulis tersengih, anak murid yang nakal menelefon rupanya.
Penulis : Cekgu tak bersiap pun lagi nih. Awal lagi ni.
Pendail : Takpalah cekgu, datang awal laaa sikit ye.
Penulis : Laa, baru aje lepas maghrib nih, nanti cekgu pegi laa.
Pendail : Ok cekgu. Kita jumpa dalam kelas nanti ye.
Penulis : Yelah. Insya allah.
Pendail : Babai cekgu.
Penulis : Babai.
Tut. Talian dimatikan. Penulis tersengih sendirian.
Gitoo ler ragam bebudak nih, saje je nak mengabihkan kredit mak ayah dorang. Walhal lagi 30 minit je, dia akan jumpa penulis. Penulis segera bersiap. Penulis mengenakan pakaian berwarna coklat dan tudung warna sedondon juga. Sekilas berada di depan cermin, penulis nampak pipi penulis yang montel. Patut laa pelajar penulis selalu cakap, best kalo dapat cubit pipi penulis. Huhuhu! Depa ingat penulis nih baby kaaa?? Mau main cubit²an plak dah. Isk isk isk!!!
1 Comment
sib baik dia nak cubit2an je...
kalo dia nak senggol2an..sape nak jawab tu?? heh heh heh
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.