Penulis cuma mahu kepastian. Mengapa tiada sebarang jawapan yang diberikan pada soalan yang penulis ajukan?? Susah sangatkah untuk menulis perkataan YA atau TIDAK?? Penulis bingung, tidak berani untuk membuat telahan sendiri tentang rasa hatinya. Mengapa penulis dibiarkan dalam persoalan tiada berpenghujung??
Penulis penat. Cukup penat sebenarnya. Berteka-teki sendirian dalam persoalan yang penulis sendiri tidak tahu samada masih relevan atau sudah berkubur. Hanya satu yang penulis pinta, berilah jawapan yang jujur. Usah difikirkan akan hati penulis, meskipun jawapannya nanti bisa menghampakan penulis tetapi penulis sudah bersedia untuk menghadapi kenyataan. Jangan biarkan penulis berada dalam misteri.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.