May 5, 2007

Walimah Geng TKO


Gambar : Ehsan Ambo Jr TKO


Seawal jam 8 pagi, penulis dan ahli keluarga yang lain bertolak ke Dungun. Kami sampai di sana lebih kurang jam 9 pagi. Penulis singgah di UITM Dungun tuk mengambil adik lelaki, selepas itu mengambil Angah pula di bandar Dungun. RM Skepo dan Apache menunggu kami berhampiran jambatan Dungun. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Setiu. Penulis berhenti sarapan di Kelulut pada jam 10 pagi manakala RM Skepo dan Apache meneruskan perjalanannya. Kami berjumpa kembali di Jambatan Sultan Mahmud pada jam 11 pagi. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi.


Lebih kurang jam 12 tengahari, kami tiba di Tok Jiring. Sempat jugak laa penulis melihat rumah Ustaz Insani tetapi Ustaz tiada di rumah ketika itu kerana beliau ke Pasar Batu Enam. Setelah hampir 5 minit menunggu, Ustaz pulang ke rumahnya. Setelah itu, beliau sekeluarga menaiki kereta Apache dan kami meneruskan perjalanan ke Setiu. Ini kali pertama penulis memandu ke Setiu. Jalannya bengkang-bengkok seumpama litar Formula One tetapi seronok juga.

Kira² jam 12.45 tengahari, kami semua selamat tiba di Setiu. Penulis bersalaman dengan isteri RM Skepo dan isteri Ustaz Insani. Ketika itu, tetamu sudah ramai menghadiri majlis walimah rakan TKO iaitu Encik Rahsia dan Puan Rahsia. Kami masuk ke dalam rumah pengantin tetapi dimaklumkan pengantin belum tiba. Isteri Ustaz mencadangkan agar kami makan dahulu. Sedang kami enak menjamu selera, pengantin lelaki menghampiri kami dan cuba meneka antara kami berdua siapa Eriyza dan siapa are_ngah. Sedap tul nasik minyak di sini. Kemudian, kami menyaksikan acara bergambar. Di sana, penulis temui pula Ambo Jr yang sedang sibuk mengambil gambar. Penulis sempat beramah mesra dengan beliau seketika.

Penulis melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah mempelai. Mempelai mengenakan busana hijau sedondon. Nampak sama cantik, sama padan. Ikatan suci yang dibina atas dasar kasih sayang diharapkan berkekalan hingga hujung nyawa. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sudah ramai juga warga TKO yang penulis temui. Bermula dengan kengkawan yang pulang dari mencandat sotong sehinggalah pejumpaan secara empat mata di bandar Dungun dan di majlis walimah ini pula. Penulis berpeluang mengenali Apache, ahli keluarga RM Skepo, Ustaz Insani dan keluarganya. Penulis tidak melepaskan peluang untuk berbual dengan ustazah (isteri Ustaz). Tambahan pula, ustazah peramah orangnya. Sedikit sebanyak rasa segan bekurangan juga. Cuma penulis tidak bekesempatan untuk berbual dengan Apache dan Ustaz Insani, maklum laa malu wal segan melanda jiwa. Sekadar mengenali sudah mencukupi.

Penulis mahu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat RM Skepo kerana menjadi penunjuk arah bagi penulis. Tanpa beliau, penulis mungkin tidak berpeluang menghadiri majlis walimah di Setiu. Buat pengantin baru, doa dan harapan semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Insya allah.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.