Jun 19, 2007

Maaf



Tengahari tadi, penulis membasuh pakaian seperti biasa. Beberapa helai baju dan seluar ayahanda yang berada di dalam bakul pakaian kotor penulis ambil dan basuh sekali dengan pakaian penulis. Setelah selesai dibasuh, penulis mengambilnya untuk disidai. Sewaktu penulis mengambil salah satu baju ayahanda, penulis perasan ada sesuatu di dalam poket bajunya.


Setelah memeriksa isi kandungan poket itu, penulis teperanjat. Buku bank ayahanda telah renyuk sama sekali dimamah mesin basuh. Penulis menggigil ketakutan. Perlahan² penulis menghampiri ayahanda dan memaklumkan kecuaian penulis. Penulis bersedia untuk dimarahi tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ayahanda cuma berkata, lain kali pastikan dalam poket tiada wang atau barang² penting, baru laa masukkan baju ke dalam mesin basuh. Penulis lega. Petang itu, penulis mengajak ayahanda ke bank untuk menukar buku banknya. Maafkan saya, ayahanda. Lain kali saya akan berhati².

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.