Jun 24, 2007
Ekspedisi Redang 07
Rindunya penulis kat blog nih. Tiga hari menjadi "orang pulau" membuatkan penulis rindu²an pada daratan. Anda perlu bersedia untuk membaca entri kali ini kerana ia mungkin merupakan entri paling panjang pernah penulis tulis. Penulis akan bercerita tentang Ekspedisi Redang 07 yang telah penulis lalui pada 21/06/07 - 23/6/07.
Penulis berkumpul di SK Ibok pada jam 9.45 pagi. Setelah menghabiskan segelas sunquick di kantin, penulis menaiki bas Yayasan Terengganu pada jam 10.15 pagi. Kami menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami melalui jalan Ayer Jerneh dan seterusnya keluar ikut Kemasik sebelum melalui jalan utama.
Suatu perjalanan yang baru bagi penulis kerana penulis tidak pernah melaluinya. 12.30 tengahari, kami berhenti minum di Kelulut. Penulis dan Cikgu Rohani minum air kelapa muda di gerai seberang jalan, kemudian diikuti pula oleh Cikgu Mohamad Amin. 12.55 tengahari kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 2 petang. Bas berhenti di Dataran Syahbandar dan kami mengarahkan pelajar untuk makan tengahari di situ. Setelah itu, kami berkumpul di Jeti sementara menanti Cikgu Roziah dan Cikgu Rakirah menguruskan pembelian tiket.
Jam 3.09 petang kami menaiki feri. Penulis duduk bersama Cikgu Nurul Hidayah sementara suaminya duduk di kerusi lain. Hati penulis berdebar kencang. Penulis takut menaiki feri meskipun ini bukan kali pertama penulis menaiki feri kerana pernah ke Pulau Langkawi. Di dalam debaran, penulis tidak putus² berdoa mudah²an kami semua selamat tiba ke destinasi pilihan.
Kami tiba di Jeti Pulau Redang pada jam 4.27 petang. Alhamdulillah, leganya hati penulis tatkala kaki menjejak daratan. Kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Redang, penulis seakan tidak percaya berada di sebuah pulau yang dikelilingi lautan luas.
Kami dijamu dengan jemput pisang dan teh o panas pada petang itu. Malamnya pula, kami diperkenalkan kepada BA (jaket keselamatan) dan juga mask dan j tube. Encik Abdul Razak selaku ketua jurulatih memberikan penerangan penggunaan alatan tersebut.
Hari 2
Penulis bangun seawal 5.45 pagi. Selepas membersihkan diri, penulis mengambil kudapan pada jam 7.15 pagi. Setelah semua pelajar dan guru² selesai berkudapan, kami menuju ke bot yang telah sedia menanti di jeti. Penulis menaiki bot A bersama sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru. Bot yang penulis naiki seumpama bot nelayan cuma boleh memuatkan ramai penumpang. Penulis memilih untuk berdiri sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Perjalanan kami ke Taman Laut Redang tidak lama, cuma kira² 25 minit saja.
Setibanya di Taman Laut Redang, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Penulis sekumpulan dengan Cikgu Rohani, Faizal dan sepuluh orang murid. Kumpulan kami mendapat tunjuk ajar dari ketua jurulatih iaitu Encik Abdul Razak. Setelah memanaskan badan, kami diarahkan masuk ke dalam air laut separas pinggang ketiak penulis. Kami diajar terapung seperti gabus dan meniarap seperti superman di air. Alhamdulillah, penulis boleh melakukannya meskipun terdapat sedikit kesukaran. Rasa cam tak percaya, penulis melalui semua ini. Penulis kira orang gemuk seperti penulis tentu sukar untuk melakukannya tetapi dengan izin Allah, dapat juga penulis lakukan.
Setelah itu, kami diajar pula menggunakan mask dan j tube dengan betul sebagai persediaan untuk aktiviti snorkling nanti. Penulis cuba bernafas di dalam air menggunakan j tube tetapi tidak berjaya pula. Nampaknya penulis tidak tahu cara untuk menggunakannya. Kebetulan pula, seorang pelajar penulis tidak mempunyai j tube, maka penulis berikan j tube penulis kepadanya. Penulis berendam di dalam air bersama guru² yang lain menyaksikan pelajar kami bersnorkling.
Taman Laut Redang cukup cantik, airnya jernih dan bersih. Batu karangnya sangat cantik. Sesuai benar untuk berbulan madu. Penulis sendiri kagum dengan ciptaan Allah. Di jetinya, penulis sudah dapat melihat dengan jelas ikan² pelbagai spesis berenang bebas.
Hujan rintik² mula turun ketika kami sedang asyik berendam di lautan. Namun, tiada seorang pun di antara kami samada guru atau pelajar yang naik ke daratan.
Bersambung....
Date :
Sunday, June 24, 2007
Tags :
Daily Notes
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.