Jul 4, 2007

Auslogics Disk Defrag



Seorang kenalan berkata blog penulis kini sudah menjadi seperti sebuah website yang memaparkan pelbagai jenis software sedangkan blog sepatutnya menjadi tempat penulis bercerita hal peribadi. Dalam erti kata lain blog ibarat sebuah diari. Bagi penulis, kehidupan penulis bersifat statik, tiada banyak rutin yang berubah setiap hari. Penulis kira tentu pembaca akan bosan membaca kisah hidup yang sama setiap hari. Hari ini penulis mahu berkongsi satu lagi software best yang berfungsi sama seperti defragmenting di komputer anda.


Software ini dinamakan Auslogics Disk Defrag 1.1. Fungsinya adalah untuk mengatasi masalah komputer anda yang semakin berat dan perlahan. Dengan menggunakan software ini, komputer anda akan kembali seperti biasa. Mari lihat sedikit screenshot dari software ini.


Anda boleh memilih disk yang ingin didefragment.


Disk yang sedang didefragmentkan.


Hasil reportnya dipaparkan setelah proses defragmenting siap.

Penulis sering menggunakan software ini dan suka akannya. Jika anda mahu mencubanya juga, bolehlah download Auslogics Disk Defrag. Lawati website Auslogics Disk Defrag.

2 Comment

syumul Thu Jul 05, 02:01:00 PM

boleh tahan dalam 10 minit defrag da boleh upkan our comp performance

shahrul Sun Jul 08, 01:18:00 AM

Thanks 4 da info...

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.