Kalau anda sering ke blog ini, anda pasti tahu bahawa warna blog ini telah bertukar. Sebelum ini penulis menggunakan warna biru sebagai warna latar, sekarang penulis menggunakan warna berasaskan merah pula sebagai warna barunya. Adakah penulis berhempas-pulas mencari koding warna untuk "mengecat" blog ini?? Jawapannya TIDAK sama sekali. Anda nak tahu rahsia mengenai warna pilihan ini??
Ok, inilah jawapannya. Warna blog ini penulis ambil sepenuhnya dari Color Combos. Penulis memilih ColorCombo228. Pakej yang didatangkan dengan enam warna dalam satu set telah memudahkan penulis untuk mengubahsuai warna di blog penulis. Kepada anda yang bercadang hendak menukar warna blog / website, penulis menyarankan anda mengambil koding warna dari blog ini. Cubalah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.