Jul 7, 2007

Satu Hari Di Kuala Lumpur dan Selangor



Peta ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Adinda perempuan penulis akan pulang ke kampusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari ini. Seperti kelaziman, ayahanda dan bonda penulis akan menghantar anakanda keduanya itu ke kampus. Penulis dan adinda lelaki tidak melepaskan peluang untuk turut serta makan angin. Kami bertolak dari kediaman pada jam 7 pagi.


Inilah kad tol Lebuhraya Pantai Timur. Rupanya cam kad pengenalan.

Kami makan tengahari di Chow Kit Road. Kalau tak silap penulis nama restoran tersebut ialah MZ Darulnaim. Berselera sungguh seisi ahli keluarga penulis menjamu selera.


Ayahanda dan bonda sedang santap dengan penuh selera.

Ketam, udang dan ikan panggang

Budu dan ulaman


Selepas acara makan², kami meneruskan perjalanan untuk meronda kota metropolitan ini. Kemudian penulis terus ke UKM. Disana, penulis temui sorang rakan yang telah sekian lama ingin penulis kenali. Si dia yang hadir dengan Proton Waja hitam metalik kelihatan begitu anggun dan comel sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Terima kasih kerana sudi hadir ke UKM sahabatku Nurul Huda. Penulis sangat teruja dapat berjumpa saudari. Semoga kita bertemu lagi di lain ketika. Menjalin ukhwah sesama islam.

5 Comment

Anonymous

bljaq kat ulm ker dulu?

Anonymous

hehe kad "pelik" itu macam dalam entri saya "trip to Terengganu" :p

Eriyza Thu Jul 12, 10:24:00 AM

Syumul, saya x blajo kat ukm. Adeq yg menuntut kat sana. :)

Abah, kad tol tuh khusus tuk lebuhraya pantai timur je. Hehehe!!! :D

H o o d s Sun Jul 15, 12:18:00 AM

tq eriyza sebab luangkan masa jumpa..hehe sowi xdapat banje makan hehe...bz ssangat ler pulak...

Eriyza Sun Jul 15, 05:13:00 PM

Tak mengapa wak. Kalo ade peluang, lain kali kita jumpe lagi. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.