Apabila anda memuatturun gambar dari camera digital, kebiasaannya gambar itu dilabel secara huruf seperti D786, D787, D789 dan seterusnya. Begitu juga jika anda memuatturun gambar dari camera handphone, labelnya pula adalah mengikut tarikh seperti 20070707, 20070706, 20070705 dan sebaliknya. Jika gambar² tersebut adalah jenis berturutan, tentu lambat jika anda mahu menamakannya semula satu persatu.
Prosedur untuk menamakan gambar² tersebut ialah seperti berikut.
- Buka My Pictures atau mana² folder yang anda simpan gambar² tersebut.
- Pilih semua gambar yang anda mahu namakan semula. Sekiranya gambar² yang ada disusun secara tidak teratur, anda tekan butang Ctrl dan klik gambar yang anda mahu.
- Pada menu File di atas, klik Rename.
- Taip nama baru dan kemudian tekan Enter.
Untuk makluman anda, teknik ini bukan hanya boleh digunakan untuk menamakan semula gambar, bahkan anda juga boleh menggunakannya untuk menamakan perisian yang lain pada folder anda. Selamat mencuba.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.