Nov 14, 2007

Hantar Movie Guna Email Lycos


Kapasiti sesuatu fail yang besar tidak dapat dihantar melalui email. Walaupun Yahoo dan Google mail telah menjadi pilihan ramai pengguna tetapi ia masih belum mampu menampung saiz fail yang agak besar untuk dihantar. Justeru, alternatif lain perlu dicari untuk membolehkan anda menghantar fail bersaiz 100MB kepada rakan anda. kenyit


Penulis menyarankan anda menggunakan email Lycos yang menawarkan sehingga 3GB kapasitinya. Selain itu, ia juga tidak menghadkan saiz fail untuk dihantar. Maknanya anda boleh menghantar satu cerita filem lengkap (Movie full-length) kepada kawan anda. Penulis berpendapat email Lycos sesuatu yang perlu dicuba. Anda boleh mendaftar email Lycos dengan segera. senyumkenyit

Nota : Untuk menghantar fail besar, anda disarankan supaya memisahkan fail tersebut. Buat beberapa bahagian dan setiap satunya bersaiz 20MB. Kemudian barulah dihantar melalui email. Anda boleh memisahkan fail² tersebut di HJ Split.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.