Nov 13, 2007

Hitam Putih Blogku


Empayar blog penulis terus berubah wajah apabila buat sekian kalinya penulis menukar mekapnya. Template baru penulis ini diilhamkan sepenuhnya dari blog Cyperhackz. Penulis telah meminta pertolongan Delang untuk menghasilkannya. Dia telah menukar blog Wordpress kepada blog Blogger dengan sukses. Akhirnya, inilah rupa paras blog penulis yang baru. Menariknya, blog ini penulis gunakan sepenuhnya pada tarikh 11/11/07. senyumkenyit



Sebelum ini penulis menggunakan template 3 kolum dengan konsep warnanya putih dan merah jambu. Lama juga penulis menggunakan template itu dan pernah penulis menukar templatenya kepada template baru tetapi hanya bertahan dua hari. Itu pun kerana ada pembaca blog ini yang mahu template white pink dikekalkan. Penulis menukar kembali blog penulis kepada wajah asalnya. Tidak penulis nafikan, penulis sayang pada template white pink itu.

Tetapi penulis sungguh teruja untuk menggunapakai template ini setelah Delang menyiapkan proses pembikinannya. Penulis terus menukar wajah blog ini setelah mendapat green light daripada Delang. Penulis berharap para penggemar blog ini berlapang dada menerima template black and white barunya. InsyaAllah penulis akan menggunakan template ini dengan tempoh masa yang lama kerana pembikinannya adalah di atas permintaan penulis. Penulis yakin anda pasti menyukai wajah baru blog ini.

Akhir sekali, penulis ingin merakamkan setinggi² penghargaan buat dua orang blogger yang menjadikan template ini suatu kenyataan. Terima kasih buat Delang dan Cypherhackz. Jasa baik kalian amatlah penulis hargai. Sekiranya anda juga ingin memiliki template seperti ini, muatturun di Delang 3 Column. Anda dilarang sama sekali membuang kredit yang diberikan kepada mereka berdua. Hargailah hasil kreativiti mereka. cium

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.