Dec 25, 2007

Mesyuarat TKO Timur

Mesyuarat Tranungkite Online (TKO) telah diadakan pada petang tadi. Ianya telah diadakan di Casa Limbong. Pada mulanya kami berkumpul di kedai telefon seorang sahabat sebelum mengorak langkah ke kedai minuman di kawasan yang sama juga. Setelah menunaikan solat Asar, penulis bergegas ke lokasi yang dijanjikan. Pagi tadi Pengerusi TKO Timur telah memaklumkan kepada penulis tentang mesyuarat ini. Penulis tiba lebih kurang pukul 5 petang. ihikhik


Lebih kurang pukul 5.15 petang, barulah kelibat pengerusi kelihatan dan diikuti dengan rakan² yang lain. Sebahagiannya penulis kenal dan sebahagian lagi pertama kali penulis temui. Berikut adalah senarai ahli TKO Timur yang hadir.
  1. RM Skepo
  2. Strikeagle *
  3. Ori5 *
  4. Apache
  5. Areefeen *
  6. Eriyza
  7. SaripDol
  8. Bahulu *
  9. Badai
  10. Matjejakrasul
  11. DatukManir
Tanda * menunjukkan sahabat yang baru penulis kenali.

Kami bermusyawarah sehingga pukul 7 malam. Kemudian, kami diberi cenderahati berupa replika burung oleh akhi Matjejakrasul. Terima kasih diucapkan. Semoga perjumpaan kami kali ini dirahmati Allah. InsyaAllah. senyumkenyit

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.