Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Oct 24, 2008

Bina Ayat


Bahagian yang penulis paling suka sewaktu sessi pembelajaran ialah Bina Ayat Berdasarkan Perkataan Yang Diberi. Walaupun ia menjadi kegemaran penulis tetapi sangat dibenci oleh para pelajar kerana mereka perlu berfikir untuk menggarap ayat. Justeru, penulis tidak pernah meminggirkan bahagian bina ayat setiap kali kelas Bahasa Melayu. Menariknya, ada sesetengah pelajar yang terlalu kreatif pemikirannya sehingga membuatkan penulis tersenyum sendirian kerana geli hati. ihikhik


Mari kita lihat contoh² ayat yang digunapakai oleh salah seorang pelajar penulis. Untuk pengetahuan anda, pelajar ini berusia 8 tahun dan berada di dalam Tahun 2.

Perkataan : menyertai
Ayat : Ibu dan bapanya menyertai jenis acara lompat rendah dan lompat tinggi.



Perkataan : diadakan
Ayat : Acara sambot bom diadakan dua hari lagi.


Tergelak besar penulis sewaktu membaca ayat yang dibuat oleh pelajar ini tetapi di dalam hati penulis mengakui pelajar ini agak pintar kerana memanfaatkan perkataan bom di dalam ayatnya. gelakguling

Oct 17, 2008

Seniman Sepanjang Zaman


Ketika era kegemilangan filem Melayu dipelopori oleh P Ramlee dahulu, penulis masih belum lahir ke dunia. Malah, sesudah beliau kembali ke pangkuan Ilahi, penulis juga belum melihat alam maya ini. Namun begitu, penulis antara penggemar hasil karya beliau. Baik lakonan mahu pun nyanyian, penulis menyukai bakat yang ada pada seniman tersohor ini. Jika hendak dibandingkan filem² beliau dahulu dengan filem² garapan sekarang, jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Disaat filem²/drama² Melayu kini disogokkan dengan impian, seks bebas, kecurangan suami isteri, filem² arahan dan lakonan beliau dahulu penuh dengan pengajaran dan realiti hidup disebalik unsur² lelucon yang diselitkan. ihikhik


Mari kita menyorot kehebatan filem² P Ramlee agar dapat kita kaitkan kelogikan jalan ceritanya dengan suasana sebenar masyarakat umum. Penulis ingin memberi beberapa contoh filem² beliau yang penulis anggap punya mesej yang cukup bagus untuk dijadikan iktibar kepada semua orang.

Filem : Seniman Bujang Lapok
Mesej : Hormati orang lain meskipun berlainan bangsa.
Skrip : “Lu nama je Melayu, bikin adab pun tak tahu, ada ka panggil hoi hoi apa ni batu ke? Kayu ke?” - Sikh
Komen : Sepatutnya kita bercakap dengan nada sopan terhadap orang lain, jangan gunakan tutur kata yang tidak enak didengar.

Filem : Penarek Beca
Mesej : Usah cepat berputus asa.
Skrip : "Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar." - Amran
Komen : Hidup kita penuh pelbagai dugaan, justeru perlu bersikap positif di dalam menangani masalah yang ada.

Filem : Musang Berjanggut
Mesej : Sindiran sinis terhadap wanita.
Skrip : "Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya." - Tun Nila Utama
Komen : Sebagai seorang wanita, seharusnya seseorang itu menjaga akhlaknya dengan baik, bukan menjadikan ia tiket untuk menggoda lelaki.

Filem : Ahmad Albab
Mesej : Rezeki dan ajal ditentukan oleh Tuhan.
Skrip : “Kekayaan, kebahagiaan bukan di tangan bapa, tetapi di tangan Allah.
Komen : Jika dikurniakan harta yang banyak, usah berbangga diri kerana itu semua pemberian Tuhan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Filem : Sumpah Orang Minyak
Mesej : Jangan memandang hina pada orang yang cacat.
Skrip : "Akulah si bongkok yang dikau haramkan untuk memijak kampung Tualang Tiga!!! Tetapi kini, aku dikau sembah-sembah, aku diagung-agungkan sebagai raja!!! Sebab apa? Wajahku tak seburuk dulu, sebab aku cantik berpakaian indah. Jujurkah kamu hidup sebagai manusia? Dikau semuanya pengecut! Dikau hanya berani kepada manusia yang lemah." - Si Bongkok
Komen : Usah sesekali mencaci orang yang kurang sempurna, apatah lagi mencederakannya kerana setiap manusia berhak untuk hidup bahagia.

Begitulah secebis karya P. Ramlee yang dapat penulis ulas. Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari setiap filem beliau. Malah, filem² beliau sinonim untuk sepanjang zaman sebab itulah penggemar filemnya bermula dari nenek moyang kita sehingga anak² kecil masa kini turut menyukainya.

Jelaslah, P. Ramlee telah berjaya mengangkat martabat filem Melayu sehingga beliau sendiri telah dinobatkan sebagai artis serba dan dianugerahkan gelaran Tan Sri Dr. P. Ramlee. Karya beliau mengajak kita semua melihat cermin kehidupan dan menilai diri sendiri. Tidak ramai yang mengkaji isu tersirat dan tersurat yang cuba P.Ramlee garap menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakkan diri sendiri. gelakguling

Aug 31, 2008

Erti Sebuah Kemerdekaan


Pixel Code Graphics


Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51 buat Malaysia tercinta. Dalam sedar atau tidak, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini bagaikan tiada seri bagi sesetengah rakyat Malaysia. Di tempat penulis misalnya, kibaran Jalur Gemilang tidak kelihatan meriah seperti tahun² sudah. Hanya segelintir pemilik kenderaan mahu pun pemunya premis perniagaan yang mengibarkan bendera. Selebihnya lebih senang membiarkan merdeka berlalu tanpa semangat patriotik di jiwa.


Apa sebenarnya erti kemerdekaan bagi sesetengah anak muda di Malaysia?? Adakah berpacaran ke tempat² yang menganjurkan pengiraan ambang merdeka?? Kemudiannya, berlibur hingga ke pagi tanpa mempedulikan kerisauan mak abah di rumah?? Kemudiannya terjebak ke dalam kancah maksiat yang menjijikkan?? Aduhai, punahnya bangsaku gara² perbuatan tidak bermoral menjelang hari memperingati keringat jerit perih para pejuang dahulu membebaskan tanahair. Usahlah kamu mencemarkan maruahmu sendiri, didiklah jiwamu dengan nilai² murni agar kamu dapat terus berdiri gah sebagai seorang manusia yang berjaya.

Peluang yang ada ini ingin penulis pergunakan sepenuhnya untuk menyeru anak² muda Melayu yang beragama Islam agar kembali ke ajaran Islam yang sebenarnya. Janganlah kamu sekadar mengaku sebagai seorang Islam tetapi berfahaman yang jauh menyimpang dari hukum Islam itu sendiri. Merdekakanlah diri kamu dari anasir² barat yang tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selamat Hari Merdeka, Malaysia.



Perpaduan Teras Kejayaan
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Aug 27, 2008

Ashman Najib


Siapakah gerangan budak ini?? Berita yang diwar²kan mengatakan bahawa remaja lelaki ini adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut sumber itu lagi, lelaki ini bernama Ashman. Sekali pandang wajah budak ini saling tak tumpah dengan muka sepupu penulis. Rasanya Puan Shida yang juga sepupu penulis bersetuju dengan telahan penulis.


Tetapi bila diamati dengan betul, barulah dapat dikesan persamaan itu amat ketara dari segi senyuman dan mimik muka. Ada sesiapa teringin berkenalan dengan budak ini?? Anda boleh mengenalinya dengan lebih lanjut di Friendster Ashman Najib. Jangan malu, jangan segan.

Sumber / Gambar : Anak Najib Mongolia??

Apr 10, 2008

Penanda Wacana


Ada pelajar mahu penulis menyenaraikan beberapa penanda wacana untuk dijadikan bahan rujukan ketika menulis karangan. Maka, penulis dengan ini suka untuk membuat sedikit penerangan tentang penanda wacana. Lazimnya, penanda wacana digunakan di dalam karangan untuk memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan dan gramatis. angkatkening


Para pelajar digalakkan untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza di dalam penyampaian karangan. Hal ini dapat menarik minat guru untuk terus membaca karangan tersebut, berkemungkinan guru tadi akan memberikan markah lebih kerana susunan ayat yang kreatif lagi kritis.

Berikut penulis senaraikan contoh² penanda wacana mengikut kategori tertentu.

Tambahan
  • dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitik-tolak, lebih-lebih lagi, hal ini, selain juga
Urutan
  • pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya, lebih awal dari itu, lebih penting lagi
Penyataan semula
  • iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan, sekali lagi ditegaskan
Contoh
  • contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan
Rumusan
  • rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat
  • berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu
  • apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, pada masa yang sama, pada ketika itu, pada mulanya, serentak dengan, ada ketikanya, semenjak itu
Sebab dan Kesan
  • oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi, dengan itu, sehubungan dengan
Bandingan
  • seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan
  • tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan, berbeza dengan
Pengesahan
  • sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya, sejajar dengan itu
Penulis berharap para pelajar dapat memanfaatkan penanda wacana ini dengan baik di dalam penulisan karangan mahu pun penyampaian teks ucapan. Selamat maju jaya di dalam pelajaran. cium

Mar 23, 2008

Watikah Perlantikan Menteri Besar


Hampir dua minggu berlalu setelah Pilihanraya Umum 12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008 usai, Terengganu satu²nya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besarnya. Pelbagai spekulasi timbul tentang calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bermacam² isu hangat timbul tentang calon² yang dijangka bakal menerajui tampuk pimpinan baru.

Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B. Dato' Seri Haji Idris Jusoh cuma mentadbir negeri Terengganu sepenggal bermula dari tahun 2004 sehingga 2008 setelah Terengganu yang sebelumnya ditawan oleh Pas berjaya dirampas kembali oleh Barisan Nasional. Akhirnya, persoalan ini terjawab jua apabila watikah perlantikan Menteri Besar telah diberikan kepada calon baru.


Bakal Menteri Besar baru Terengganu ialah Datuk Ahmad Bin Said yang telah menerima watikah perlantikan kira² jam 8.28 pagi tadi. Watikah pengisytiharan diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu. Walau bagaimanapun, tarikh mengangkat sumpah masih belum ditentukan lagi.

Mar 20, 2008

Maulidur Rasul 1429 Hijriah

Kediaman Rasulullah sebelum dimusnahkan

Selawat dan Salam Buat Junjungan Besar, Muhammad Rasulullah SAW. Hari ini umat Islam di seantero dunia meraikan hari lahir Rasulullah dengan gembira. Rasulullah, sebaik² contoh dan ikutan untuk manusia di muka bumi ini telah lama meninggalkan kita tetapi kasih sayangnya terhadap umatnya terlalu besar sehingga ke saat baginda hampir wafat, baginda masih menyebut "Ummati, ummati, ummati". Justeru, bagindalah orang yang paling menyayangi dan mencintai kita. love


Di kesempatan ini, penulis ingin memaparkan gambar kediaman Rasulullah untuk tatapan pembaca blog ini terutama anda yang belum pernah melihat tempat tinggal nabi kita.

Bulatan itu menunjukkan tempat Fatimah dilahirkan

Kamar Rasulullah dan Siti Khadijah

Musolla untuk beribadat kepada Allah

Ruang tamu di dalam rumah Rasulullah SAW

Jalan menuju ke kamar Rasulullah SAW

Rasulullah insan bertuah yang dipilih sebagai kekasih Allah. Baginda dijanjikan syurga oleh Allah. Marilah kita mencontohi akhlak baginda yang sangat indah. Penulis menyeru kepada para pembaca dan diri sendiri agar sentiasa menuruti perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah olehNya. Amin. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429 Hijriah. sengihnampakgigi

Mar 18, 2008

Jemaah Menteri Kabinet Malaysia


Tengahari tadi, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi telah mengumumkan barisan kabinet menteri yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kita. Setelah 10 hari Pilihanraya Umum 12 berlalu, barisan menteri yang diketengahkan ialah muka baru dan ramai juga muka lama digugurkan. Rombakan kabinet juga berlaku apabila beberapa kementerian dimansuhkan dan para menteri bertukar jawatan. ihikhik


Menteri baru yang dilantik ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri); Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan).

Keseluruhannya, jumlah anggota pentadbiran Abdullah yang baru berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang saja setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan.

Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Penulis berharap ekonomi Malaysia terus mantap di bawah pentadbiran jemaah menteri yang dipilih. Semoga rakyat Malaysia terus harmoni buat selamanya. cium

Mar 16, 2008

Rekod Baru Sijil Pelajaran Malaysia


Rekod Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipecahkan lagi. Jika tahun 2004 dulu, rekod yang dicipta oleh Nur Amalina Che Bakri hanyalah 17 A1 tetapi kini, penyandang rekod baru dipegang oleh Azali Azlan dengan 20 A1 dan 1 A2. Pencapaian menakjubkan ini membuktikan anak Melayu masih boleh menguasai bidang pendidikan dengan cemerlang. Azali adalah contoh terbaik untuk dijadikan idola oleh para pelajar. Kejayaannya perlu diwarwarkan kepada semua pelajar. Penulis agak terlewat menulis tentang berita gembira ini meskipun keputusan SPM telah diumumkan pada 12 Mac lalu. ihikhik


Berikut adalah keputusan peperiksaan yang dicapai oleh Azali. Dia mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu manakala 2A bagi Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi. Azali menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah. Berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya. Antara pencapaian terbaik Azali ialah mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.


Azali adalah anak ketiga kepada pasangan Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah yang bertugas sebagai guru. Anak muda ini bercita² untuk menjadi seorang professor. Doa dan harapan penulis agar Azali dapat menrealisasikan segala hajatnya. Mudah²an suatu hari nanti, dia dapat menyumbang pula di dalam bidang pendidikan tanahair. Semoga dia dapat menabur bakti kepada anak² Melayu yang lain dengan kepandaian yang ada padanya. InsyaAllah. doa

Mar 9, 2008

Dinasti Barisan Alternatif



Pilihanraya Umum 12 selesai sudah. Semua janji manis yang ditaburi sewaktu berkempen sejak 24 Februari sehingga 8 Mac bakal dituntut rakyat setelah calon pilihan memenangi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen masing². Penulis agak teruja dengan keputusan Pilihanraya Umum kali ini. kenyit

Kebangkitan rakyat mula berlaku apabila mereka dengan beraninya memilih Barisan Alternatif sebagai peneraju baru pimpinan. Antara negeri² yang berjaya dikuasai oleh pembangkang ialah Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang selain Kelantan yang sememangnya sudah lama menjadi kubu kuat Pas. Penulis sudah mengagak keputusan pilihanraya kali ini penuh dengan kejutan. hah


8 Mac 2008 menjadi sejarah baru buat Malaysia kerana buat pertama kalinya banyak negeri terlucut dari genggaman kerajaan Barisan Nasional. Paling teruk, beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri juga gagal mempertahankan kerusi yang mereka tandingi. Justeru, pertandingan antara parti kali ini adalah yang paling sengit sepanjang penulis menjadi petugas politik. tension

Penulis keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi yang baik. Penulis mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Sewaktu penulis mendaftar masuk, saluran 4 masih lagi lengang, mungkin para pengundi masih lena diulit mimpi. Justeru, penulis tidak perlu beratur panjang untuk membuang undi. Selepas itu, penulis bergegas pula ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok II untuk bertugas. Pelbagai ragam anggota masyarakat mencuit hati dapat penulis lihat sepanjang menjalankan kerja. setan

Setelah bertugas di sana hampir sepagi, penulis perlu pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai semula untuk meneruskan tugasan terakhir. Di sini, penulis memulakan tugasan di saluran 3 sebagai ejen mengundi (polling agent). Berlaku satu bantahan di dalam bilik mengundi. Kad pengenalan seorang pengundi telah didapati tersilap satu nombor dan dia dihalang selama 20 minit daripada mengundi. Setelah wakil dari Suruhanjaya Pilihanraya dan wakil calon berunding, akhirnya wanita terbabit dibenarkan mengundi dengan menggunakan kad pengenalan lama. Setelah tempat mengundi ditutup, penulis sepatutnya menjadi ejen kiraan undi pula tetapi penulis yang sudah keletihan meminta seorang rakan yang lain menggantikan posisi penulis. marisini

Sejurus pulang ke rumah, penulis terus merebahkan diri ke atas katil dan akhirnya terlena. Kira² jam 9.15 malam, penulis bersama² ayahanda dan bonda menuju ke Majlis Perbandaran Kemaman untuk mendengar keputusan pilihanraya. Kami berada di perkarangan Majlis Perbandaran Kemaman bersama² ribuan penyokong parti kerajaan dan juga pembangkang. Penyokong kedua² belah pihak menanti dengan sabar keputusan undian. Jalan air putih ditutup, kelihatan pasukan khas FRU lengkap dengan pelbagai peralatan berkawal rapi. Mungkin mereka tidak mahu insiden buruk di Marang berulang. takbole

Kami dipisahkan oleh FRU yang menjadi benteng penghalang dengan kawat berduri. Jam 11.15 malam, keputusan pertama diumumkan iaitu untuk DUN Kijal, diikuti pula oleh DUN Chukai, DUN Air Putih dan Parlimen Kemaman. Selepas itu, penulis terus pulang ke rumah tanpa menunggu keputusan seterusnya. Penulis yang sudah penat tidak mampu menunggu lebih lama. Pengalaman bekerja di dalam Pilihanraya Umum 12 benar² menyeronokkan. Pelbagai ilmu bermanfaat yang dapat penulis kutip. Pada calon dan parti yang berjaya, tahniah dan syabas penulis ucapkan. Tunaikan janji anda pada rakyat dengan melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Tadbirlah negeri dengan adil dan telus. Tingkatkan prestasi, kurangkan provokasi. menari

Mar 2, 2008

Video Nenek Maimun


Video yang ingin penulis paparkan kali ini ialah video penamaan calon nenek Maimun Yusuf. Nenek ini calon bebas yang mewakili Parti Tanah Melayu Beragama Islam. Kunci dijadikan sebagai lambang rasmi partinya. Nenek Maimun akan menghadapi saingan tersohor seperti Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional dan juga calon Pas yang diwakili oleh Mohamad Sabu. Jom kita menonton. menari




Video nenek Maimun berkempen untuk Parti Tanah Melayu Beragama Islam berlambangkan kunci. tepuktangan


Warga Emas Calon Pilihanraya 2008


Warga emas berusia 89 tahun telah disahkan akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Si nenek, Maimun Yusuf ini bertanding atas tiket calon bebas dengan menamakan partinya sebagai Parti Tanah Melayu Beragama Islam yang akan menggunakan lambang kunci.

Dia akan bersaing dengan Datuk Razali Ismail iaitu calon Barisan Nasional dan juga Timbalan Presiden Pas iaitu Mohamad Sabu. hah



Nenek Maimun bersembang bersama Nordiana, Datuk Razali dan Mohamad Sabu sejurus selepas penamaan calon. ihikhik

Penulis difahamkan nenek ini telah berusaha untuk melayakkan diri sebagai calon sejak empat kali pilihanraya yang lepas. Ini bermakna hampir dua puluh lalu nenek ini telah mencuba nasib tetapi tidak berjaya. Dia yang bekerja sebagai penjual kain merupakan calon yang paling tua bertanding untuk pilihanraya kali ini.

Dia mengumpul wang hasil jualan kain dan bantuan RM 200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membayar wang pertaruhan yang berjumlah RM 10,000 dan juga RM 5000 untuk keperluan berkempen. tepuktangan


Meskipun usianya sudah lanjut tetapi nenek ini masih mampu mengayuh basikal di dalam usahanya untuk meraih undi. Penulis sendiri tidak mampu untuk berbuat sedemikian walaupun usia masih muda. Justeru, kecekalan nenek ini untuk memperjuangkan manifestonya sendiri perlu dijadikan tauladan.

Biar apa pun tohmahan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat kepadanya, nenek Maimun teguh dengan pendiriannya untuk merebut kerusi parlimen. peace


“Ingat ya, undilah untuk anak kunci." Mungkin itulah ayat yang dilontarkan oleh nenek Maimun ketika melintasi kawasan orang ramai sewaktu berkempen.

Penulis berharap nenek Maimun terus maju jaya di dalam perjuangannya. Jika penulis mengundi di kawasan Kuala Terengganu, penulis akan mengundi parti anak kunci nenek Maimun sebagai memberi sokongan moral di atas keazamannya berusaha untuk bertanding. Opppssss! Undi adalah rahsia. kenyit