Jan 6, 2008

Automatik Lengkapkan Alamat Website


Laman web kegemaran anda beralamat http://multiply.com dan anda sangat malas hendak menaip perkataan http://, www. dan .com. Justeru, anda tentu seronok jika ada cara yang membolehkan anda untuk melangkauinya. Penulis akan berkongsi dengan anda rahsianya. kenyit


Buka browser Internet Explorer 7 atau Firefox, taip blog / laman web kegemaran anda. Contohnya multiply. Kemudian, anda cuma perlu tekan butang CTRL dan Enter serentak. Secara automatik, perkataan http://www. dan .com akan terpapar.


Mudah bukan?? Anda telah menjimatkan masa menaip dengan mengurangkan 15 perkataan yang sepatutnya ditaip. Tak percaya?? Cuba anda kira sendiri.

Seterusnya, kombinasi kata kunci yang lain. Semuanya berfungsi secara Auto Complete.
  • Ctrl + Enter - *.com
  • Shift + Enter - *.net
  • Ctrl + Shift + Enter - *.org

Jika menambah perkataan ALT pada setiap kombinasi kata kunci di atas, blog / laman web itu akan dibuka dengan lengkap di dalam tab baru. ALT + CTRL + Enter dan blog / laman web *.com akan dibuka dengan pantas di tab baru.

Untuk meringkaskan alamat blog penulis, anda cuma perlu menaip eriyzaqistina.blogspot dan tekan CTRL + Enter serentak. Selamat belajar. Kalau sudi, tinggalkanlah komen. menari

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.