Jan 5, 2008
Padam Kata Nama Dan Kata Laluan Automatik
Adakah anda gemar menyimpan kata laluan (password) secara automatik di dalam Firefox anda seperti penulis?? Jika anda menggunakan komputer persendirian, sudah tentu menyimpan kata laluan secara automatik memudahkan anda untuk memasuki laman web berdaftar kegemaran anda. Jika anda perlu ke tempat lain untuk seketika dan komputer anda pula mahu digunakan oleh orang lain, bagaimana anda mahu memadamkan rekod kata nama (username) dan kata laluan peribadi anda??
Caranya sangat mudah. Jom kita belajar.
1. Pilih tab Tools pada menu Firefox.
2. Ambil Options, kemudian ambil Security.
3. Klik pada kotak Show Passwords pada bahagian Passwords.
4. Kotak Remember Passwords akan kelihatan.
5. Pilih laman web yang anda ingin padamkan.
6. Tekan kotak Remove / Remove All untuk memadamkannya.
7. Siap.
Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Kata nama dan kata laluan peribadi anda sudah selamat dan sesiapa pun yang menggunakan komputer anda tidak dapat menceroboh akaun anda lagi.
Date :
Saturday, January 05, 2008
Tags :
Firefox
Tips and Tricks
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.