Jam 11.49 malam, penulis menerima satu sms dari seseorang yang sekian lama menyepi. Penulis kira dia adalah antara orang terakhir yang mengucapkan Selamat Hari Lahir buat penulis. Perasaan penulis bercampur baur antara gembira dan sedih. Sememangnya sms darinya amatlah penulis harapkan. Penulis sama sekali tidak menyangka lintasan hati penulis sebelum itu menjadi kenyataan.
Sewaktu penulis berada di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang dari Bangi, penulis bermonolog di dalam hati. Monolog itu antara lainnya berkaitan dengan dia iaitu sekiranya dia menghantar sms ucapan hari lahir buat penulis, itu bermakna dia masih menyayangi penulis. Alhamdulillah, sms darinya penulis terima dengan selamat. Tetapi penulis tidak tahu perasaannya sewaktu sms itu ditulis. Adakah masih ada rasa sayangnya buat penulis?? Penulis tidak berani bertanya, risau jawapannya mengecewakan. Usah dikenang perkara yang telah berlalu, minda memujuk hati.
Ku doa semoga
ALLAH
myinari
dunia
mu
&
iringi
setiap
lngkahmu
ke arah
jln yg di redhai & beri sgla
yg tbaik
bt mu hari ini, esk & slamany.
Amin. -HAPPY BESDAY-
Penulis cuba menahan air mata dari mengalir tetapi penulis tewas jua akhirnya. Dengan linangan airmata penulis membalas semula sms tersebut. Sepintas lalu, memori lalu terpapar di minda penulis. Detik² indah yang tercipta antara kami menyebabkan mutiara jernih semakin laju menuruni pipi. Penulis tidak mahu melayan perasaan, lantas penulis segera ke kamar tidur. Namun, air mata masih membasahi bantal. Penulis tidak sedar bila penulis tertidur bersama linangan airmata. Buat dia, terima kasih kerana masih sudi mengingati diri ini. Semoga sentiasa dilindungi Allah di mana jua berada.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.