Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat diri penulis sendiri. Ucapan ini juga ditujukan buat umi penulis yang juga dilahirkan pada tanggal 1 Januari. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah Taala yang memberikan usia. Mudah²an bertambah keimanan dan ketaqwaan. Penulis tidak menyambut hari lahir dengan parti. Cuma, terasa gembira juga apabila banyak ucapan yang diberikan ahli keluarga dan teman² menerusi sms dan yahoo messenger. Terima kasih kerana sudi mengingati hari lahir penulis. Doa kalian amat penulis hargai.
Hari ini usia penulis bertambah lagi. Penulis sudah menjadi seorang wanita yang matang, bukan lagi kanak² mahu pun remaja. Sewaktu kecil dahulu, penulis mahu cepat menjadi remaja untuk merasai pelbagai keseronokan. Kemudian, dari remaja ingin pula membesar sebagai orang dewasa. Tetapi apabila sudah dewasa, penulis mula merindui zaman kanak² dan remaja. Kini, penulis cuma berharap agar bertemu dengan seorang insan yang sudi menjadikan diri ini sebagai suri hidupnya.
Tidak penulis nafikan, penulis mula gusar dengan persoalan ini. Adakalanya penulis cuba mencari dimana salah silapnya diri sendiri. Hanya Allah tempat penulis mengadu dan meminta pertolongan. Semoga jodoh penulis tiba jua akhirnya. Doa²kanlah penulis.
5 Comment
Happy Birthday. Mana kek??
happy birthday to u..same birth date as me...
happy new year..
hepi bday n hepi nuyer....
Cikgu panji, kek takde sbb x sambut pun. Cukuplah doa sbg hadiah. :)
Eiza, selamat hari lahir tuk awak. Semoga ceria sokmo.
Kelat, selamat tahun baru.
Happy (belated) Birthday Eriyza :)
*hugs*
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.