Jan 12, 2008

Tukarkan Nama Recycle Bin


Sewaktu penulis hendak menulis topik ini, penulis disapa oleh din3187 di yahoo messenger. Justeru, penulis mengajarnya cara² untuk menukar nama (rename) pada Recycle Bin. Secara tidak langsung, topik ini telah berjaya dilakukan oleh seorang pembaca. Penulis berharap anda juga berjaya menukar nama Recycle Bin anda kepada nama yang anda kehendaki. encem


Penulis memilih untuk meletakkan nama Kitar Semula pada Recycle Bin penulis. Berikut penulis akan beritahu cara² untuk menukarnya.
  • Klik Start -> Run
  • Taipkan regedit
  • Kembangkan (expand) ke fail² berikut :
  • HKEY_CLASSES_ROOT
  • CLSID
  • {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}
  • Klik 2 kali pada LocalizedString
  • Tulis nama baru ke dalam Value Data
  • Refresh desktop
Sukses, nama Recycle Bin anda sudah bertukar kepada nama baru. Anda perlu berhati² sewaktu mencari di dalam Registry Editor supaya tidak melakukan kesilapan. Selamat mencuba. senyumkenyit

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.