Apr 22, 2008

Melatah



Baru² ini, sewaktu majlis tahlil arwah atuk diadakan, penulis melihat beberapa orang remaja mengusik seorang nenek tua yang melatah. Nenek itu lebih dikenali sebagai Toksu Yam. Penulis sebenarnya kurang suka dengan perlakuan mereka yang sengaja mengusik Toksu Yam sehingga dia tidak henti² melatah dengan pelbagai aksi. Dia melatah mengikut arahan seperti mengaji, menari, berpantun dan lain² lagi. Paling teruk lagi, jika perkataan yang tidak sepatutnya dihamburkan oleh pelatah. Perlakuan latah Toksu Yam menjadi bahan hiburan lawak jenaka buat mereka. Penulis cukup geram lantas penulis segera menegur mereka. Kesian Toksu Yam, kepenatan dia diperlakukan oleh budak² itu. marah


Sama juga halnya dengan video yang dipaparkan di atas, si perakam sengaja mengusik makcik itu dan merakamkannya pula untuk disebarkan kepada orang lain. Sepatutnya, bersimpatilah pada orang yang melatah kerana tindakannya ketika itu berada di luar kawalan. Bayangkan jika senjata tajam berada berhampirannya, tentu saja boleh mengundang bahaya. Fikir²kanlah. tanduk

3 Comment

Qaiyum Wed Apr 23, 01:19:00 AM

Tula.. Kejam Tul.. Tak Baik Tau Kacau Orang Melatah.. Sian Die.. Huhu..

Eriyza Wed Apr 23, 10:40:00 AM

Tuh laaa. Nakal sungguh bebudak nih.

blogmenjerit Sun Apr 27, 11:39:00 AM

ckit2 boleh la, lau lama2 geram gak tgk org duk buat kaco. BM pun mlatah gak dulu tp da kurang sbb xda org cucuk, huhu... boleh la kaver lg utk ari tua

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.