Apr 23, 2008

Misteri Kehilangan Warga Emas


Daerah Kemaman khususnya Bandar Chukai digemparkan dengan kes pembunuhan kejam seorang warga emas yang bernama Zaiton Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan Makcik Nab. Penulis ingin bercerita serba sedikit tentang peristiwa menyayat hati ini. Penulis menerima sms pada hari Khamis tentang kehilangan makcik Nab iaitu sehari selepas dia dilaporkan hilang. adacall


Penemuan rangka kereta Kancil miliknya di Tapak Semaian Majlis Perbandaran Kemaman di Kampung Mak Chili telah menjawab segala teka-teki misteri kehilangannya. Penulis sempat pergi ke tapak semaian itu dan melihat kawasan tersebut masih dilingkari dengan garisan polis. Satu hal yang amat membuatkan penulis terkedu ialah suspek utama kes ini iaitu sepasang suami isteri berusia 27 tahun ialah rakan sekerja kepada rakan baik penulis.

Jika diamati dari perlakuan sikapnya, penulis tidak menduga sama sekali dia sanggup bertindak sekejam itu apatah lagi dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh arwah Makcik Nab. Semoga rohnya dicucuri rahmat. doa

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.