Apr 10, 2008

Penanda Wacana


Ada pelajar mahu penulis menyenaraikan beberapa penanda wacana untuk dijadikan bahan rujukan ketika menulis karangan. Maka, penulis dengan ini suka untuk membuat sedikit penerangan tentang penanda wacana. Lazimnya, penanda wacana digunakan di dalam karangan untuk memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan dan gramatis. angkatkening


Para pelajar digalakkan untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza di dalam penyampaian karangan. Hal ini dapat menarik minat guru untuk terus membaca karangan tersebut, berkemungkinan guru tadi akan memberikan markah lebih kerana susunan ayat yang kreatif lagi kritis.

Berikut penulis senaraikan contoh² penanda wacana mengikut kategori tertentu.

Tambahan
  • dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitik-tolak, lebih-lebih lagi, hal ini, selain juga
Urutan
  • pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya, lebih awal dari itu, lebih penting lagi
Penyataan semula
  • iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan, sekali lagi ditegaskan
Contoh
  • contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan
Rumusan
  • rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat
  • berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu
  • apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, pada masa yang sama, pada ketika itu, pada mulanya, serentak dengan, ada ketikanya, semenjak itu
Sebab dan Kesan
  • oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi, dengan itu, sehubungan dengan
Bandingan
  • seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan
  • tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan, berbeza dengan
Pengesahan
  • sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya, sejajar dengan itu
Penulis berharap para pelajar dapat memanfaatkan penanda wacana ini dengan baik di dalam penulisan karangan mahu pun penyampaian teks ucapan. Selamat maju jaya di dalam pelajaran. cium

11 Comment

Anonymous

dah siap cikgu.. hehe. Terima kasih atas penanda wacana. Saya selalu kehabisan idea menggunakan penanda wacana yang sama. :)

Eriyza Thu Apr 17, 10:26:00 PM

Sama².
Kini, byk idea laa nak menulis erkkk. :D

Anonymous

apakah ciri-ciri penanda wacana?

Anonymous

tapi nak tahu macam mana cara kegunaanya dan bilakah sesuai digunakan..... kalau ni je..... dah tahulah

Eriyza Mon Aug 18, 10:35:00 AM

Tanpa Nama, ciri-ciri penanda wacana ialah ia digunakan ketika memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan.

Tanpa Nama, penanda wacana biasanya digunakan di hadapan ayat.

Anonymous

tq...dpt juga akhirnya.ciri-ciri wacana yang baik apa ek?

Unknown Mon Sep 01, 09:40:00 AM

Terima kasih di atas usaha murni berkongsi pengetahuan ini

Eriyza Mon Sep 01, 01:11:00 PM

Tanpa Nama, ciri² penanda wacana yang baik ialah apabila dipadankan dengan betul dengan ayat. :)

Sama² Diya Isabella. ;)

Anonymous

bagaimana pula dengan keutuhan wacana? adakah ciri-ciri wacana sama dengan ciri-ciri penanada wacana?

Anonymous

ada tak contoh2 penanda wacana

Anonymous

ada tak contoh penanda wacana?saya nak buat untuk kerja sekolah saya.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.