Jun 5, 2008

Warkah Untuk Perdana Menteri


Harga petrol naik lagi, ianya menjadi perbualan hangat setiap warganegara Malaysia baik di tempat kerja mahu pun di kedai kopi. Semalam, bermula dari penyebaran kenaikan harga petrol melalui sms, jutaan rakyat termasuk penulis sendiri menyerang stesen minyak di seluruh negara untuk mendapatkan petrol pada kadar lama iaitu RM 1.92 seliter sebelum berubah kepada RM 2.70 seliter setelah harganya dinaikkan sebanyak RM 0.78 untuk seliter. Satu kadar kenaikan yang agak tinggi pada pandangan penulis. v7


Pernahkah anda terfikir untuk memprotes kenaikan ini secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi?? Jangan gusar, kini anda boleh menulis warkah untuk Perdana Menteri secara maya dan jika anda bernasib baik, anda akan mendapat respon daripada beliau. Jadi, tunggu apa lagi?? Segeralah menulis ketidakpuasan hati anda terhadap apa jua isu untuk tindakan lanjut Perdana Menteri di Warkah Untuk PM. Selamat menulis. v7

3 Comment

Unknown Fri Jun 06, 09:09:00 PM

Salam.

aku tak rase semua warkah dari rakyat akan terus dibaca oleh PM.

Kompon PA dia akan baca dan tapes dulu. dah tinggal hampagas... baru laa die nak pas kat PM.

ape ape pon thanks 4 the info.

aku still kecewa dengan harga minyak,
Kreuger®

Eriyza Fri Jun 06, 10:51:00 PM

Biasalah tuh. Kalo benasib baik, warkah anda dibaca tp kalo nasib x baik, warkah dipadamkan sebelum Pak Lah baca. Hehehe!!! :)

mie Sun Jun 08, 01:54:00 PM

kebanyakannya xakan dibaca..hoho~

sebab dia dah divide kepada semua bahagian.. cuma yang berkenaan di hati je kot..huhU~

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.