Jul 17, 2008
Serban vs Subang
Penulis menjengah akhbar di dalam talian sebentar tadi untuk melihat berita menarik untuk hari ini. Belek punya belek, penulis tertarik pada satu topik yang berjudul Hanya Tuntutan Watak. Rupa²nya ia berkisar tentang filem baru yang dilakonkan oleh Awal Ashaari. Penulis tidak mahu mengulas mengenai filem ini tetapi tentang kombinasi aksesori yang tidak sesuai yang dipakai dek jejaka ini.
Watak yang dibawa Awal ialah tentang pemuda yang mendalami agama tetapi lucunya di dalam busana jubah serba putih yang dipakainya, mengapa terselit juga subang di telinga?? Samada kru produksi filem ini tidak menyedari tentang itu atau sememangnya Awal sendiri cetek ilmu agama, ia tidak seharusnya berlaku. Sesungguhnya usah mempermainkan watak pemuda alim dengan aksesori subang yang menjolok mata. Maaflah, penulis memang meluat dengan lelaki yang bersubang apatah lagi jika ia cuba dipersendakan dengan serban.
Berita lanjut di Kosmo! Online.
Date :
Thursday, July 17, 2008
Tags :
Daily Notes
13 Comment
Mungkin x perasan kot. Kecik jer dok kat telinga.
bila agama diremeh-remehkan.
Tak setuju 100% dengan care pemakiannya. Jelek dan tak intelek.
Kreuger®
Herm! Itulah secebis kisah lakonan lam kehidupan.
itu tahi telinga la, haha
camana leh terlepas nih...
BM, takkan wat aksesori kot??
Huhuhu!!! :p
Zamz, depa x tapis agaknya
sbb tuh leh telepas. :)
waaaaaaahhhhh...sgt best lorh ur blog..:)
should teach me 4 my assignment..:p
Atie Zack, mekaseh noo tp
penulis lum layak jadi pengajar
tuk blog sbb maseh lg tahap amatur. :)
salam..
Bukankah dibarat lelaki memakai subang smcm anak luar nikah?Lelaki yg menyerupai pempuan dan sebaliknya kena LAKNAT selagi tak taubat..
Ibnurashidi, bermanfaat info yg saudara bagi. Semoga mereka di luar sana sedar akan kesilapan mereka. :)
iskh iskh...pa nk jadi nih? sedap ke pakai subang tu? ada rasa mcm ayam goreng? ke sbb sedap skit dengar bila ada suara masuk telinga...ala ala mufler kot...huhuhuu
Zariel, agaknya depa rasa jeles bila lihat kaum wanita pakai subang, sbb tuh laa depa nak pakai sama. :p
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.