Aug 17, 2008

Ubah Lokasi Fail Muatturun Firefox


Jika anda pengguna Firefox, tentu anda maklum apabila anda memuatturun sebarang jenis fail dari internet, maka fail² tersebut akan disimpan di Desktop. Justeru, ia mungkin mencacatkan pemandangan penghias skrin yang cantik di komputer anda. Lantas, anda disarankan untuk memindahkan fail² tersebut ke lokasi lain yang difikirkan sesuai.


Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu mengikuti langkah² berikut.
  • Buka tab Tools.
  • Kemudian pilih Options.
  • Pada tab Main, lihat pada bahagian Downloads.
  • Browse dan pilih folder pilihan anda pada kotak Save files to.
  • Kemudian klik Save.
Nah, sekarang semua fail yang anda muatturun akan disimpan di dalam folder yang telah anda pilih. Tiada lagi kesesakan fail di Desktop anda.

4 Comment

mkaw77 Sun Aug 17, 11:06:00 PM

Tok Guru Eriyza..
Apa yg bestnyer kalu kite d/load firefox ni..??

Eriyza Sun Aug 17, 11:56:00 PM

Sebenonya nak guna Firefox atau tidak tepulang pd individu tp sy selesa menggunakannya kerana byk ad-dons yg best. ;)

Anonymous

sy setuju sb firefox byk sgt features yg memudahkn user. lgpn firefox pn lbh cpt loading dr IE.firefox bole undo tab and bole save & quit window. n bile open semula, automatik semua ape yg kite bkak previously td open blk..:)

Eriyza Thu Jan 08, 01:47:00 PM

Anonymous : Betul tuh. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.