Sep 7, 2008

Kuih Tradisional Ati Sokme


Selepas membayar bil² petang tadi, penulis singgah di Bazar Ramadhan. Ini kali kedua penulis ke Bazar Ramadhan tersebut. Penulis sebenarnya tidak berniat untuk pergi ke sana tetapi kebetulan sewaktu penulis melalui kawasan tersebut, ada lot parking kosong seolah² ianya khusus buat penulis. Sewaktu berlegar² mencari kuih, penulis terpandang kuih tradisional Terengganu yang sememangnya sukar untuk ditemui.


Kuih yang penulis maksudkan itu ialah ati sokme. Penulis tidak tahu nama khas untuk kuih tersebut tetapi lazimnya kami menamakannya sebagai ati sokme. Ia berwarna hijau dan diperbuat daripada ubi setele (keledek). Wah, rasanya cukup sedap. Sayangnya penulis tidak tahu resipi kuih ini, kalau ada sesiapa yang tahu, alangkah bagusnya kalau dapat dikongsi bersama.

5 Comment

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) Mon Sep 08, 02:16:00 AM

uih..mesti best sgt tu...kat sana mcm2 jenis kuih dpt rasa..hari tu g kelantan pun semua kuih semua first time rasa..mmg best sgt..

Mohd Kamal Mon Sep 08, 06:29:00 AM

mcm penah makan..tpi x ingat la!! masa dok Trg dulu ada gak try mcm2 jenis kuih & makanan kt sana

Eriyza Mon Sep 08, 01:22:00 PM

Nrina, memang best kuih nih tapi sukar nak dapatkan sekarang. :)

Mohd Kamal, penah dok Terengganu erkkk?? Mungkin penah makan kot kuih tuh. :D

Mohd Kamal Mon Sep 08, 10:49:00 PM

aah..!! dlu study kt sana. rasa mcm penah..tp x ingat. lama dh..ada la dekat 10 tahun dh!!

Eriyza Tue Sep 09, 12:29:00 PM

Mohd Kamal, tentu pandai cakap loghat Terengganu nih. Bleh test kaa?? Hehehe!!! ;))

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.