Sep 6, 2008

Anugerah Dari Ien


Yahoo!!! Penulis mendapat anugerah yang cukup cantik dari Ien. Jadi dengan rasa bangganya penulis paparkan anugerah itu di blog ini. Sebenarnya penulis cukup kagum dengan kegigihan gadis comel ini di dalam memberi input yang cukup berguna buat bloggers lain. Justeru, topik kali ini bukan setakat untuk mempamerkan anugerah ini malah penulis akan bercerita tentang pemiliknya sekali.


Penulis mengenali blog Ien yang dahulunya beralamatkan Ien247 sebelum ditukar kepada Muncet sewaktu mula² blogspot menukar tema klasik kepada tema beta. Ketika itu, penulis sibuk berguru dengan Delang dan dalam masa yang sama Ien juga turut meminta tunjuk ajar daripadanya. Tapi itu cerita dulu, sekarang Ien sudah jauh maju di dalam bidang blog. Kini, Ien menjadi tempat rujukan bagi orang lain untuk mencantikkan blog masing².

Jika anda perasan, tabview untuk pautan rakan dan menu hide and show di blog ini adalah hasil tunjuk ajarnya. Bukan mudah untuk berguru jika orang yang pandai tidak mahu memperturunkan ilmunya. Kadangkala agak sukar untuk memahami sesetengah tutorial tetapi dia tidak pula melenting jika soalan yang sama kerap diajukan. Di kesempatan ini, penulis ingin menyeru diri sendiri dan orang lain juga, jika anda berilmu, jangan lokek untuk mengajar orang lain pula kerana ilmu yang bermanfaat mampu menolong anda di dalam kubur kelak.

Untuk Ien, terima kasih kerana memberikan anugerah untuk penulis. Semoga Ien terus maju jaya di dalam setiap lapangan yang diceburi.

6 Comment

cHeRyNa PiReS Sat Sep 06, 11:10:00 PM

lawanye award...cewwaaahhh...makin byk award cik eriyza:D

iEn Sat Sep 06, 11:16:00 PM

alamaaak... malunyee dengor ceramoh cik kak nih uhuhu.. sama2.. sharing is caring..

AloneinHome.com Sun Sep 07, 05:57:00 PM

wua.. (teruja dengan blog ni)

nice blog.. memang patut dapat award.

have a nice day ;)

Mohd Kamal Sun Sep 07, 11:03:00 PM

admire plak kt ien ni.. kim salam kat dier!!

Eriyza Sun Sep 07, 11:29:00 PM

Cheryna, award org bagi. Cheq amik jer. :)

Ien, terima kasih sekali lagi. :D

AloneinHome, terima kasih sudi singgah sini.

Mohd Kamal, insyaAllah sy sampaikan nanti. ;)

alone Tue Dec 30, 02:13:00 PM

sama2. haha :12:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.