Sep 21, 2008

Laksa Terengganu


Buat pertama kalinya di dalam hidup ini, penulis membuat Laksa Terengganu. Keinginan untuk mencuba resipi ini kerana ia adalah antara makanan kegemaran ayahanda. Alhamdulillah, percubaan pertama penulis tidak menghampakan. Ayahanda tersenyum meleret apabila melihat juadah berbuka puasa semalam ialah Laksa Terengganu atau lebih dikenali sebagai Laksa Kuah Mentah / Laksa Kuah Putih.


ulam

Sekiranya anda mahu mencuba menu ini, bolehlah mencuba resipi yang akan penulis kongsi di sini.

Bahan²

Sebungkus laksa

Bahan² Untuk Kuah

Sebiji santan kelapa
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah
Lada hitam
Limau nipis
Air panas
Cili api
Garam

Bahan² Untuk Ulam Dan Tambahan

Timun
Taugeh
Kacang panjang
Cili kering (kisar)
Belacan

Cara² Membuatnya

Rebus air sehingga mendidih.
Tutup api dan masukkan laksa.
Biar laksa kembang selama 30 hingga 45 minit.
Kemudian toskan.

Kukus ikan selayang dan asingkan isi dengan tulang.
Kisar bawang merah bersama lada hitam.
Kemudian, kisar pula ikan selayang tadi.
Jangan gunakan air, sebaliknya gunakan santan untuk mengisar bawang merah, lada hitam dan ikan selayang.
Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam santan.
Tambah sedikit air panas ke dalam santan.
Selepas itu, masukkan garam.
Akhir sekali perah sedikit limau nipis.
Letak beberapa biji cili api untuk mengelakkan kuah cepat basi.

Hiris timun, taugeh dan kacang panjang halus².

Sewaktu hendak makan, masukkan cili kering, belacan dan garam jika kurang masin.


Resipi ini adalah warisan nenek moyang penulis dan penulis pelajarinya pula dari ibu saudara penulis. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

14 Comment

Anonymous

amboi...sedapnye...nasib baik baca tgh mlm kalau tgh hari? hehe

Kiubrubik Mon Sep 22, 01:31:00 AM

nak makan laksa.......................

Eriyza Mon Sep 22, 01:43:00 AM

Zariel, aih takkan x tahan lapo kot tengok laksa?? Hehehe!!! :)

Marzuki, kalo dekat, mmg cheq dah hulur semangkuk. ;)

Anonymous

Lain laksa dia yek nipis2 macam mee, kat perak kiut miut macam cendol

emm rasa dia camner yek, nak rasa sket hehe ;;)

Eriyza Mon Sep 22, 02:54:00 AM

Rjuna, rasanya sedap lagi lazat.
Hehehe!!! :)

cheryna zamrinor Mon Sep 22, 08:00:00 AM

laksa terengganu nieh same macam lakse ke eriy?

++wanFaDhilaH++ Mon Sep 22, 08:21:00 AM

wa..rindunye nk mkn laksa terengganu..huhuhuhuh..

Admin Mon Sep 22, 08:42:00 AM

sedapnya... masa dok ganu x rasa pun laksa ganu... ruginya.. :((

Anonymous

Yang kiri tu kuah dier ke? Kenapa warna putih? Penah makan laksa penang ngan laksa johor je. Laksa johor berkuah pekat macam kuah kacang. Laksa terengganu x penah rase... nak sikit!!

Latest post Duit Rayeee...

Eriyza Mon Sep 22, 02:24:00 PM

Cheryna, laksa tuh sebutan standard. Kat sini mmg kami panggil lakse. Kiranya sama laa. ;)

Wan Fadhilah, kalo rindu kat laksa kuah putih, bleh laa cuba resipi tuh. :)

Neoryzer, wat seniri ajer. Mudah sangat. :D

19zim, Laksa Terengganu ada dua jenis. Satu kuah putih dan satu lagi kuah merah. Dedua pun best. ;))

Anonymous

waaa bestnye... :D

Adry Tue Sep 23, 04:44:00 AM

owh... baru tau ada laksa terengganu.. hehehe... ble try ni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

mkaw77 Tue Sep 23, 06:12:00 AM

dh penah makan... mmg best!! suka gak makan laksam

Eriyza Tue Sep 23, 12:53:00 PM

Kento, memang best. :)

Adry, selamat mencuba. Hehehe!!! ;)

Mohd Kamal, laksam best gak tp cara nak wat lambat. :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.