Sep 19, 2008

Sebalik

Kredit Untuk Gambar : Rose and Briar

Di dalam perencanaan hidup, terlalu banyak kejutan yang berlaku. Ada masanya sesuatu yang hadir secara tiba² boleh membuatkan seseorang gembira, namun ada ketikanya ia mengundang nestapa. Sesetengah orang dilahirkan kaya tetapi hidupnya tidak bahagia, ada yang lain pula walaupun dihimpit kemiskinan tetapi sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Di sebalik sesuatu yang kita miliki, ada pula benda lain yang lebih mahu kita kecapi.


Sebalik melihat, aku ingin mengkaji
Sebalik menerima, aku ingin memberi
Sebalik membenci, aku ingin menyintai
Sebalik melupakan, aku ingin merindui
Sebalik mengasari, aku ingin membelai
Sebalik melepaskan, aku ingin memiliki
Sebalik menyendiri, aku ingin menemani
Sebalik mengenali, aku ingin mengingati
Sebalik merahsiakan, aku ingin meluahkan
Sebalik menamatkan, aku ingin memulakan.

Penulis masih meneruskan pencarian. Mencari dan terus mencari. Sampai bilakah pencarian ini akan berakhir, tidak dapat pula penulis berikan jawapan. Penulis cuma berharap agar pencarian ini akan bernoktah suatu masa nanti. Doakan penulis.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.