Sep 2, 2008

Seratus Hari


2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, genaplah 100 hari arwah bonda meninggalkan kami. Terasa begitu cepat masa berlalu, dalam sedar atau tidak, kami berusaha berdikari menguruskan kehidupan sendiri tanpa bonda disisi. Ketiadaan bonda sangat dirasai di bulan yang mulia ini. Jika dulu, kami boleh bermanja dengan bonda seraya meminta bonda memasakkan juadah kegemaran kami.


Tapi kini, kami perlu menyediakan makanan untuk berbuka puasa sendiri. Tiada lagi masakan dari air tangan bonda yang lazat. Tiada lagi suara lunaknya memanggil penulis membantunya menyediakan bahan² masakan. Tiada lagi ajakannya ke surau untuk menunaikan solat terawikh. Hanya memori yang tinggal untuk kami abadikan di hati. Semoga roh bonda dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sayangnya, penulis tidak sempat menuntut semua ilmu masakan dari bonda. Justeru, penulis perlu belajar sendiri samada dari makcik² atau internet untuk menyediakan makanan. Penulis berharap penulis mampu memasak seenak masakan bonda. Namun, masih banyak lagi perlu dipelajari untuk menjadi tukang masak sehebat bonda.

13 Comment

cheryna zamrinor Wed Sep 03, 11:11:00 PM

al-fatihah...smoge roh ibu ko dicucuri rahmat!
tentunye die bangge dgn ape yg ko wat sekarang:D

ilmu memasak tuh mmg tak boleh diwarisi, cik eriy:D

Eriyza Wed Sep 03, 11:49:00 PM

Terima kasih Cheryna.
Heharap ler bleh memasak byk menu tapi
mmg xleh nak banding ngan masakan bonda. :)

Unknown Thu Sep 04, 01:08:00 AM

al-fatihah...

kenangan bersama ibu sering bertandang...
2hb September...genap setahun pemergian ibu sy :(

mkaw77 Thu Sep 04, 06:34:00 AM

takziah.. mesti terasa syahdu pagi syawal nnti!! bebayak sabar..
Al-Fatihah

Adry Thu Sep 04, 06:43:00 AM

Takziah... lebih kurang sama la kita ni ek... cuma arwah mak saya bllum sampai 100 hari... ketiadaan mak memang amat terasa...

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Eriyza Thu Sep 04, 12:33:00 PM

Al-fatihah tuk arwah ibu Zariel.
Semoga arwah damai di sana.

Terima kasih Mohd Kamal.

Takziah tuk Adry.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Dib Thu Sep 04, 05:20:00 PM

salam eriyza, moga tabah meniti hari2 mendatang. 5 tahun berlalu, rindu terhadap arwah ayahanda masih mendalam...

Eriyza Sat Sep 06, 02:45:00 AM

Terima kasih kak Dib. Semoga Allah memberi saya kekuatan tuk menempuhi hari² mendatang. :)

Senjahati Sat Sep 06, 12:54:00 PM

Sabar ya kak..
Walau ibu sudah tiada..doa anak solehah tetap sampai..
Bagi saya yang masih punya ibu, rasanya masih belum cukup cara saya menghargai ibu sepenuhnya..
Selamat berpuasa kak, moga Ramadhan kali ini lebih mendekatkan kita pada Pencipta :)

Eriyza Sat Sep 06, 02:18:00 PM

Terima kasih Senjahati. Hanya mereka yang kehilangan insan kesayangan akan mengerti perasaan itu. Selamat menjalani ibadah puasa buat anda. :)

Anonymous

Al-Fatihah buat arwah ibu Kak Eriyza. Moga sentiasa tenang rohnya di alam sana..

Eriyza Sat Sep 06, 09:32:00 PM

Terima kasih MK. :)

Kamezaim Sun Sep 07, 10:19:00 AM

salam eryza...Nampak gayanya kita senasib lah..hehe kamezaim juga ingin mengucapkan al-fatihah buat bonda eryza yg telah kembali ke rahmatulllah..semoga rohya aman di sana. berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya..dulu,kamezaim sendiri yang membawa turun jenazah arwah bonda ke dalam liang lahat,dan kamezaim sendiri yang membawa turun tanah ke dalam liang lahat.pada masa tu,terlalu sukar untuk kamezaim gambarkan mcm mana rasanya kerana jenazah yg kamezaim bawa turun itu adalah bonda kamezaim sendiri..semoga roh mereka aman di sisi -NYA..amin..

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.