Oct 10, 2008
Shah Rukh Khan Bergelar Datuk
Raja Bollywood tersohor iaitu Shah Rukh Khan bakal menerima pingat Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari esok. Wah, hebatnya penangan hero Kuch Kuch Hota Hai ini. Tentu dia berbangga kerana menerima anugerah kehormat yang begitu berprestij dari negara asing. Tuah badan Shah Rukh Khan.
Petikan dari laman web Berita Harian.
MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.
Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Sumber : Berita Harian
Date :
Friday, October 10, 2008
Tags :
Daily Notes
17 Comment
ape sumbangan shah rukh khan kepade negara?
kompius pulak aku...hehehe...
Ntahlah Cheryna.
Agaknya sbb pilem dia hit di Malaysia kot. ;)
alamat khalil yaakob dh xlama dh tu.. 2,3 hari lagi out la org tu.. aku pn nak jgk.. bt apa bg SRK.. aku yg laga pipi dgn bakal 1st lady.. ish3...
Shah Rukh buat konsert amal kat Melaka kot? hahaha... pelik2...
Aik, Salman Khan pun baca blog nih??
Hehehe!!! :)
19zim, cheq pn tatau. :D
habih la malaysia nih... ntah apa-apa la...bkn sbb tak suka kat SRK... tp penin dgn malaysia ni... dh lari dari tujuan asal... jangan lepas ni bagi lak kat van damme sudah la :p
org yg berlagak mcm tu dpt?? mai sini punya la eksen.. mentang² la ramai pminat!!
sapa la punya idea ni??
Zariel, agaknya pasnih bukan artis Bollywood je dpt gelaran Datuk, malah akan diberi gak pada artis Hollywood, Thaiwood, Indowood dan lelain. :)
Mohd Kamal, cheq tatau plak sape mencalonkan dia nih tuk gelaran tesebut. :(
Kalo tanya wartawan, artis2 bollywood ni lah yg paling sombong & berlagak. apa sumbangan dia pada negara, rakyat? Dalam filem dia yg berlakon kat Melaka tu ada ker dia promosi atau sebut nama Melaka tu? Bodoh punya menteri...ceh!..
mcm2 la malaysia skarang ni... mcm2 isu da...
Wah, sket punya marah saudara Yan nih. :)
takde maknanya la bagi mamat tu Datuk..
membazir duit rakyat je..
eh dia dpt elaun ke?
Neoryzer, Malaysia nih pemurah laa. :p
Myadlan, tatau ler dpt elaun ke tak. :)
sangat tak setuju olkes....tak paham la dia leh dapat...haih/....
Riena Yumi, cheq pun x setuju gak. :)
orang tu kata SRK dapat dato sbb dia pelabur asing kononya pelancong asing dtg negara ini...
Tanpa Nama, camtuh plak tp artis asing lain pun banyak gak mai shooting pilem kat Mesia. Awat depa x bg anugerah sama?? :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.