Oct 15, 2008
Guru Bercuti, Murid Berhenti
Bekas majikan penulis iaitu Cikgu Hussin datang selepas raya baru² ini. Selain bertanya khabar antara satu sama lain, kami berbual tentang kelas tuisyen yang dikendalikan olehnya. Penulis agak terkujat apabila Cikgu Hussin memberitahu penulis bahawa beberapa orang anak murid penulis telah turut sama berhenti belajar sejak penulis meletak jawatan sebagai guru tuisyen. Sungguh penulis tidak menduga mereka mengikuti jejak langkah penulis sedangkan penulis punya alasan kukuh untuk menarik diri dari Pusat Tuisyen Sukses.
Selang seminggu kemudian, penulis terjumpa pula ibu kepada pelajat kembar penulis. Wanita tersebut agak peramah apabila dia menegur penulis sambil berbual mesra. Dia juga menyatakan bahawa anaknya telah berhenti belajar di pusat tuisyen tersebut. Sekali lagi penulis terpinga², terasa bersalah pun ada juga. Mengapa mereka mengikuti jejak langkah penulis tanpa mengambil kira faktor yang membawa kepada pemberhentian penulis?? Adakah mereka juga akan kembali belajar apabila penulis kembali mengajar nanti?? Penulis sudah berjanji kepada Cikgu Hussin bahawa penulis akan kembali mengajar pada tahun hadapan setelah beberapa bulan bercuti panjang. InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan.
Date :
Wednesday, October 15, 2008
Tags :
Daily Notes
12 Comment
waa.. ni maknanya penulis ni kesayangan murid ni.. hehehe ;;)
Adry @ http://www.adrysabry.com
wahh...agaknya anak murid tu serasi kot dgn u. ye la.. buleh jadi faktor motivasi tu, so kalo cikgu yg best takde kira ala2 tak syiok la kan. hehehehe... :D
mugkin depa pi tusyen sbb cikgu cantik kot!!
Adry, penulis pun sayang murid² gak. :)
Saya, bebudak tuh sesaje kot amik kesempatan sbb depa malas nak blajo. Huhuhu!!! :p
Mohd Kamal, cikgu chantek pada akhlak je, bukan pada rupa paras. ;))
mcm2 hal... apapun kena bg nasihat gak kat murid tu...
Neoryzer, sy dah suh cikgu dan mak abah bebudak nasehatkan depa. :)
Mungkin Eriyza tak terangkan kepada semua murid kenapa Eriyza keluar dari pusat tuisyen tu... So murid2 rasa macam ditinggalkan la...
Sbb cikgu tu xboleh ditukar ganti huhu :D
19zim, sy dah bitau depa sebab musabab sy berenti mengajo dolu. Hehehe!!! :)
Kento, ada waktunya cikgu terpaksa berundur demi komitmen lain yg lebeh utama. :)
nak sambung ngajar semula ke?
baguslah..profession pendidik tu tugas yg mulia.
pahala pun dapat ;)
Akak Zalin, kalo takde aral, insyaAllah sy akan kembali ke kelas semula pada tahun depan. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.