Januari lalu penulis telah menulis tentang Maal Hijrah 1429H. Belum pun setahun kalendar Masihi berlalu pergi, kini Awal Muharam muncul lagi pada penghujung Disember. Ini bermakna kita menyambut dua kali Maal Hijrah dalam tahun 2008. Terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan penulis. Dua tiga hari lagi, usia akan bertambah lagi.
Tahun 1429 Hijriah meninggalkan banyak memori buat penulis. Antaranya ialah pemergian arwah bonda tercinta pada tanggal 19 Jamadil Awal. Semoga roh arwah bonda dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang² yang beramal soleh. Doa dan harapan penulis agar tahun baru ini penulis dapat menukar status seperti yang diidamkan sekian lama. Mudah²an penulis bisa menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini. Amin.
2 Comment
salam maal hijrah Eriyza... moga ceria dan sukses hendaknya...
AliyaAnnuar : Selamat menyambut awal Muharam. Semoga kita seme beroleh rahmat Ilahi hendaknya. Amin.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.