Feb 17, 2009

Putih Kuning Blogku

eriyza's blog - http://eriyzaqistina.blogspot.com
Setelah beberapa purnama menggunakan blog bertemakan Simple Red Template garapan Ien, kini penulis menukar lagi tema blog ini. Kali ini penulis menggunakan tema My Yellow Face sentuhan Marzuki pula. Jika anda pengunjung tegar blog ini, anda pasti sudah lali dengan kegemaran penulis menukar tema blog.


Lazimnya, penulis akan mengedit tema baru blog penulis dengan menambah widget tertentu. Antara lain tujuannya adalah untuk memahirkan diri di dalam pengolahan skrip CSS dan HTML. Bak kata pepatah inggeris 'practice makes perfect'. Ada kalanya tema yang penulis edit sudah jauh berubah dari bentuk 'fizikal'nya yang asal namun kredit kepada tuan asal tidak pernah penulis buang. Bagi penulis, mengedit tidak salah tetapi hak cipta orang lain perlu dihormati.

Justeru, kalau berminat untuk mendapatkan tema blog seumpama ini, anda boleh berkunjung ke blog Dilarang Melarang untuk mendapatkan kod xmlnya. Sekali lagi penulis ingatkan, anda boleh mengedit sesuka hati anda tetapi jangan dibuang penghargaan terhadap tuannya. Bayangkan jika karya anda diakui oleh orang lain sebagai milik mereka, tentu anda sakit hati bukan?? Jadi, hormatilah karya orang lain jika anda seorang bloggers yang bagus.

Nota : Penulis dan Marzuki bukan orang yang sama kerana kami berlainan jantina mahu pun fizikal. Penulis berharap tiada lagi orang yang keliru tentang hal ini hanya kerana layout blog kami serupa. Harap maklum.

14 Comment

@LiYaNNuaR Tue Feb 17, 10:40:00 PM

wahhh... comel gak template nih...

Eriyza Tue Feb 17, 10:48:00 PM

AliyaAnnuar : Wah, laju je Puan Aliya nih erkkk. Layout nih simple tp comey. Hehehe!!! :)

D@U$ Tue Feb 17, 11:25:00 PM

ya, betul 3x..

Eriyza Tue Feb 17, 11:47:00 PM

Daus : Betullah agaknya tuh.

myadlan Wed Feb 18, 03:10:00 AM

wow.. warna baru tapi style lama.. boleh la!

Eriyza Wed Feb 18, 09:44:00 AM

Myadlan : Tema blog ni pi mai pi mai tang tu gak. Hehehe!!! :)

a s m Wed Feb 18, 05:01:00 PM

harap bantu aku
klu tgk myblog reader dibwh sana ada asm.itulah aku, tp mslhnya skrg ialah aku nk daftar my blog dlm aku punya myblog2 dah xblh.dulu aku letak kmdn dah delete tp skrg aku nk letak kembali dah xblh, hrp cik blh mmbantu.

matkapak02

cun n sedap mate memandang....tahniah n syabas.

Eriyza Wed Feb 18, 10:02:00 PM

Asm : Amik saja kod lam mybloglog. Pastuh letak semula. Ada masalah lain ke??

Eriyza Wed Feb 18, 10:03:00 PM

Matkapak02 : Terima kasih. Singgah laa selalu. :)

Marzuki Wed Feb 18, 11:14:00 PM

ingatkan tersalah blog si marzuki tadi, haha rupanya blog si eriyza. kuwang3.

slamat brblogging

Mencari Erti Hidup Wed Feb 18, 11:15:00 PM

uish..rjn nyer..

Eriyza Wed Feb 18, 11:44:00 PM

Marzuki : Nak kena karate nih.
Dush! Dush!! Dush!!! :p

Eriyza Wed Feb 18, 11:46:00 PM

Mencari Erti Hidup : Tak laa rajin mana.
Huhuhu!!! :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.