Mar 25, 2009

Memasang Mesej Selamat Datang


Sebentar tadi, budak Mardhiah telah meminta penulis membuat tutorial tentang mesej selamat datang yang digunakan oleh sesetengah bloggers. Oleh kerana penulis mempunyai masa lapang, maka permintaannya penulis penuhi dengan kadar segera. Secara peribadi, penulis kurang menggemari aksesori seperti ini kerana ia melambatkan proses melayari sesebuah blog.


Ayuh, penulis ajarkan anda cara untuk membuat mesej selamat datang.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head>, letakkan kod ini di atasnya.

<SCRIPT language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Eriyza");</SCRIPT>
5. Save template.

Siap. Sekiranya anda ingin meletakkan lebih dari satu mesej, anda cuma perlu menambahkan tanda <br/> selepas mesej pertama dan letakkan kod tersebut sekali lagi dengan mesej yang berlainan. Penulis tunjukkan contohnya di bawah.

<SCRIPT language='JavaScript'>alert("Anda berada di zon Tanggapan Tentang Topik Tertentu");</SCRIPT><br/><SCRIPT language='JavaScript'>alert("Dibawakan khas untuk anda oleh Eriyza - http://eriyza.via.my");</SCRIPT>
Sila tukarkan tulisan berwarna merah dengan mesej anda sendiri. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

13 Comment

Anonymous

Daus pun x suka letak mesej ni...
Da buang pun...
Tapi Daus ada buat notes supaya daus tau mana nak cari...

Eriyza Wed Mar 25, 03:40:00 PM

Daus : Akak test tuk tujuan tutorial jer, pastuh buang. Hehehe!!! :D

UnGu VioLet Thu Mar 26, 01:46:00 AM

thanks kak.. saje je mar suka2.. nak bt surprise skit.. hik2.. :)

Eriyza Thu Mar 26, 11:50:00 AM

Ungu Violet : Sesama. Enjoy. :D

Anonymous

sejujurnya aku tak berapa gemar blog yang memasang fungsi ni.keanak2kan ;;)

Jie Thu Mar 26, 05:34:00 PM

dulu-dulu masaa blogdrive kemudian blogspot classic rajin le try macam2 code, sekarang ni dah tua..hehehe

Anonymous

erm... memasang mende nie sedikit mengganggu si visitor...
tapi ok jugak kalau ada perkara penting yang hendak diberitahu...

Eriyza Fri Mar 27, 12:16:00 AM

Aidilx : Sama arr. Sy pun kurang gemar.

Anonymous

lg elok kalau pasang script yg pop up bile visitor keluar dari blog kite.. tak gitu?
nk lg kejam, buat script smpai org tu kene pangkah browser trus.. wakakakkaka.. kejamnye aku.. hakhak

Anonymous

Kujie : Kak Jie kena ajo anak² plak. :)

Anonymous

Menteil : Betul tuh. :)

mcg Fri Apr 17, 06:58:00 PM

mmmmm best....eryza pandai buat org paham.....hasil ajaran eryza...sy dah dptkan blog cantik..gi lah lawat www.kiutcomel.blogspot.com

Eriyza Sat Apr 18, 10:10:00 AM

Mcg : Terima kasih. Semoga bemanfaat.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.