Mar 27, 2009

Dambaan Hati Sempena Hari Jadi


Jangkamasa agak lama juga penulis tidak menjawab sebarang tag. Hal itu berlaku mungkin kerana penulis tidak berapa gemar akan topik sebegini. Kali ini, atas pujukan bloggers genit bernama Suhaila, maka penulis mengalah dan membuat tag ini. Itu pun masih berhutang satu tag lagi dengan budak ini. Tag kali ini berkisar tentang sepuluh perkara yang penulis idamkan pada hari lahir penulis. Malah, tag ini perlu disertakan gambar sebagai hiasan.


Ayuh, penulis beritahu anda impian dan benda² yang penulis ingini pada hari lahir penulis nanti. Buat masa sekarang, mungkin ini yang penulis dambakan tetapi ianya mungkin berubah pada masa akan datang.

1. Kahwin

Alangkah bagusnya kalau penulis dapat bertunang dan bernikah pada 1 Januari. Tentu ia akan menjadi hadiah paling bermakna di dalam hidup penulis. Doakan penulis bertemu jodoh yang soleh.

2. Anak

Seronoknya kalau tarikh lahir anak penulis nanti ialah 1 Januari. Pasti kami akan mengulangi sejarah yang telah penulis dan arwah bonda cipta iaitu ibu dan anak berkongsi tarikh lahir.

3. Rumah

Rumah bukan setakat tempat untuk berteduh malah fungsinya jauh lebih penting dari itu. Kita memupuk kasih sayang lalu membina keluarga bahagia di dalam rumah sebab itulah ada gelaran 'Rumahku Syurgaku'. Penulis sangat gembira jika insan kesayangan memberikan mahligai ini pada 1 Januari.

4. Kenderaan

Kenderaan kini bukan lagi barang mewah kerana ia sudah menjadi keperluan asas. Justeru, kenderaan berjenama Toyota adalah sangat relevan untuk dijadikan kejutan buat penulis menjelang 1 Januari nanti.

5. Umrah

Kalau boleh penulis mahu menunaikan fardhu Haji dan Umrah serentak tetapi jika tidak berkemampuan untuk kedua²nya sekaligus, buat ibadat Umrah dahulu. Penulis sangat berharap untuk melakukan ibadat ini bersama ahli keluarga yang lain pada 1 Januari di tahun mendatang.

6. Melancong

Penulis sudah lama mengidam hendak pergi melancong di Hong Kong. Dua tiket percutian romantis ke Hong Kong bersama insan kesayangan sangatlah berbaloi untuk diberikan kepada penulis pada 1 Januari tahun baru nanti.

7. Laptop

Komputer peribadi memang sudah lama penulis miliki cuma belum mempunyai laptop yang boleh dibawa ke mana sahaja. 1 Januari bolehlah diberikan penulis sebuah laptop berserta broadband. Apalah guna laptop tanpa internet.

8. Handycam

Handycam ini gunanya untuk merakamkan memori terindah bersama keluarga dan rakan taulan. Hadiahkan saja kepada penulis handycam ini pada 1 Januari jika anda buntu memikirkan hadiah untuk hari lahir penulis.

9. Iphone

Teknologi terkini yang ingin penulis miliki. Jangan lupa untuk menjadikan Iphone sebagai sumbangan peribadi anda untuk penulis saat tibanya 1 Januari.

10. Simpanan

Simpanan wang penting untuk masa depan. Ia sangat diperlukan untuk masa kecemasan dan juga untuk pendidikan anak². Oleh itu, anda boleh saja memberikan penulis wang tunai atau cek seikhlas hati pada hari lahir penulis iaitu 1 Januari.

Seterusnya virus tag ini penulis sebarkan kepada penama² berikut :-
Khairy Jamaluddin
Mukhriz Mahathir
Diana Danielle
Jehan Miskin
Arjun Rampal
Amrita Rao
Richie Ren
Gallen Lo
Madonna
Pink

Siapalah yang bermurah hati hendak menjadikan semua permintaan penulis ini sebagai satu realiti?? Mudah²an insan tersebut akan hadir di dalam masa terdekat ini. Sebenarnya, hadiah untuk hari lahir yang paling bermakna ialah doa dari keluarga dan sahabat. Doakan penulis agar sentiasa murah rezki, sihat sepanjang hayat dan bahagia di dunia wal akhirat.

8 Comment

mie Sat Mar 28, 06:44:00 PM

wah!!!
banyak nya wish....
tp kenapa hong kong??

iEn Sat Mar 28, 09:19:00 PM

tahun lepas kan dah buat.. tahun ni ien nak rest

Eriyza Sat Mar 28, 10:29:00 PM

Mie : Depa mintak 10, bedal ajerlah. Selalu dok layan drama Kantonis sbb tuh laa tingin nak pi Hong Kong.

Eriyza Sat Mar 28, 10:30:00 PM

Ien : Okeh. :)

matkapak Sun Mar 29, 02:46:00 PM

waduhh..banyak bener?ble lari mlm,baguih gak cheq nii sbb ada ingat nk pi haji. ~x(

Eriyza Sun Mar 29, 10:29:00 PM

Matkapak : Sekadar impian jer, tatau bisa tertunai atau tak. Hehehe!!! ;)

menteil Mon Apr 06, 02:13:00 PM

huhu...
no satu dan dua agak penting tu...
cepat kawin!
hehe...

Eriyza Tue Apr 07, 01:29:00 PM

Menteil : Doakan akak eh. ;)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.