Apr 13, 2009

Menambah Tulisan Di Dalam Komputer


Penulis gemarkan tulisan atau font yang menarik tetapi malangnya tulisan asas yang disediakan di dalam komputer tidak begitu banyak. Justeru, penulis memuatturunnya dari laman web lain untuk digunakan di dalam komputer penulis. Kini, penulis mahu berkongsi cara untuk menambah tulisan baru ke dalam komputer.



1. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan tulisan untuk digunakan. Penulis sarankan anda memuatturun tulisan tersebut dari 1001 Free Fonts.

2. Setelah itu, ekstrakkan tulisan tadi ke dalam folder.

3. Seterusnya klik butang Start - Control Panel. Pilih menu Fonts.


4. Di dalam folder Fonts tadi, anda klik pada File lalu pilih Install New Font. Satu tetingkap Add Fonts akan muncul dan anda dikendaki mencari tulisan yang ingin anda gunakan. Tekan OK setelah selesai memilih.

5. Siap. Tulisan baru telah ditambah ke dalam folder Font anda. Anda cuma perlu membuka Microsoft Word untuk mencuba tulisan baru anda.

Caranya amat senang. Tentu anda boleh buat. Cubalah.

19 Comment

Cik Amoi Mon Apr 13, 01:31:00 PM

sepatutnya LOCAL DISK > WINDOWS > FONTS

Eriyza Mon Apr 13, 02:28:00 PM

Cik Amoi : Terima kasih. :)

Cik Amoi Mon Apr 13, 03:38:00 PM

bergantung kepada jenis windows yg digunakan
lain windows lain tempat letak Font folder.
amoi punya versi lama..old is gold maa..haha

Yaniez Mon Apr 13, 04:21:00 PM

kalau nak lagi senang... drag aje font yg dah install tu ke folder font...
boasa sy buat macam tu... :)

Yaniez Mon Apr 13, 04:29:00 PM

eh.. *biasa... adeh typo jek memanjang.. huhu

Soleh Mon Apr 13, 08:41:00 PM

Salam,

saya ada jumpa website mengenai font juga kat sini:

http://www.dafont.com/

ellyani Mon Apr 13, 09:08:00 PM

"ekstrakkan" tu ape???? :)

Eriyza Mon Apr 13, 11:09:00 PM

Cik Amoi : Takper, kita pepakat kongsi ilmu. :)

Eriyza Mon Apr 13, 11:10:00 PM

Yaniez : Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :D

Eriyza Mon Apr 13, 11:11:00 PM

Soleh : Aha, byk font menarik kat situ. Tq ye.

Eriyza Mon Apr 13, 11:13:00 PM

Ellyani : Ekstrakkan tuh maknanya dr format zip/rar kita jadikan format asalnya. ;)

Adry Mon Apr 13, 11:52:00 PM

owh... yang ni dah tahu... hehehe

Eriyza Tue Apr 14, 12:39:00 AM

Adry : Okey. :|

9Nine Tue Apr 14, 03:19:00 AM

Salam Eriyza..
Tq for this tuts..
Pas paste file font ke dalam folder fonts,
kat semo app akan ada kan text yg kita paste tadi, yg menggunakan text selain dari words. e.g photoshop, photoscape.
Saya suka bab2 nih.. :)

Cik Amoi Tue Apr 14, 03:52:00 PM

Yaniez: cara my lagi advanced..haha..nampaknya ko baru bagi tahu aku shoutcut dia..hihi

Eriyza Tue Apr 14, 10:19:00 PM

9Nine : Wsalam. Sy rasa camtuh gak. ;)

Eriyza Tue Apr 14, 10:22:00 PM

Cik Amoi : Aha, lg byk org kongsi ilmu. Lg byk kaedah kita dpt gunapakai. ;))

iEn Fri Apr 17, 01:23:00 PM

nanti test tulisan tamil plak uhuhu

Eriyza Fri Apr 17, 02:00:00 PM

Ien : Bereh jer. Hehehe!!! :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.