Apr 14, 2009

Multi ID Untuk Yahoo Messenger


Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan id lain selain id email ketika bersembang di Yahoo Messenger anda?? Mungkin sudah ramai orang yang tahu tentang ini tetapi bagi yang tidak tahu, anda wajar menghabiskan pembacaan topik ini.


Katakan anda mendaftar email Yahoo! anda dengan id matretro@yahoo.com, kemudian anda rasakan id tersebut tidak begitu menarik untuk diberi kepada teman² sebagai id Yahoo Messenger anda. Justeru, anda boleh menambah id baru untuk menggantikan id utama anda. Dari matretro anda boleh bertukar kepada dakshuffle. Caranya cukup mudah.

1. Login ke akaun Yahoo! anda.

2. Pada paparan hadapannya, anda klik pada nick anda.

3. Di Yahoo! Account Info, anda lihat tab Public Information. Pilih Edit/Create Aliases.

4. Seterusnya klik Add an alias. Masukkan id baru anda. Contohnya dakshuffle.

5. Save setelah anda berpuashati.

Nah, kini anda mempunyai dua id yang boleh digunapakai di Yahoo Messenger. Sama ada anda memberikan id utama iaitu matretro atau id baru dakshuffle, kedua²nya membolehkan anda bersembang dengan sahabat anda di Yahoo Messenger. Malah, anda juga boleh disenaraikan ke dalam Yahoo Messenger mereka sebagai matretro atau dakshuffle.

Walaubagaimanapun, id baru anda tadi tidak boleh dijadikan alamat email kerana ia berfungsi sebagai id tambahan kepada id utama sahaja.

13 Comment

Amoi Wed Apr 15, 01:46:00 PM

info menarik
amoi nak try ni!

Amoi Wed Apr 15, 01:53:00 PM

tak paham setap nombor 3

Eriyza Wed Apr 15, 02:35:00 PM

Cik Amoi : Cheq ingat hang tau benda ni. Tak paham eh?? Dah klik nick Amoi pd Yahoo?? :D

Amoi Wed Apr 15, 08:04:00 PM

dh dpt buat dh
rupanya id amoi tu tak de public info
tapi id amoi lagi public info
tu yg amoi pelikan..

Eriyza Wed Apr 15, 10:51:00 PM

Cik Amoi : Cheq plak tak paham apa yg hang habaq. Huhuhu!!! :(

Amoi Thu Apr 16, 01:28:00 AM

maksudnya amoi pakai dua id
id fst tak de publick info
tapi id scnd amoi ada publik info..
tu pasal try buat kat id fst amoi tak paham step no 3..huhu

Adry Thu Apr 16, 02:19:00 AM

owh... nice .. ermm nak tanya satu leh... takda kaitan ngan entri ni... ermm ... macam mana kita nak buat status twitter kita muncul dalam blog.. ada available widget tak?

Adry @ http://www.adrysabry.com

Eriyza Thu Apr 16, 10:57:00 AM

Cik Amoi : Owhhh gitoo. ;))

Eriyza Thu Apr 16, 11:00:00 AM

Adry : Adry nak wat widget twitter cam blog ni ke??

pakupapan Thu Apr 16, 12:17:00 PM

Salam..leh minta id admin??add sy ae
akhram88-ym
zackfrick-skype


Ahmad Akhram Bin Aziz

http://www.jutawanceramic.com/zackfrick

Intan Hanina Fri Apr 17, 01:21:00 PM

oh.. ien baru tau pasal ni hehe..

Eriyza Fri Apr 17, 01:37:00 PM

Roronoa : eriyza_qistina

Eriyza Fri Apr 17, 01:38:00 PM

Ien : Errr, cheq sangka Ien dah lama tau. :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.